Monday, February 23, 2009
Tanduk Syaitan
Jalan - jalan waktu malam, jadi dapat ambil gambar malam aje la...
Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-layang Pasir Gudang baru saja berakhir. Memang menarik sebab dapat melihat bermacam-macam jenis layang-layang yang dipertontonkan. Ada yang besar ada yang kecil. Memang menarik perhatian. Tapi saya tak berkesempatan untuk pergi ke pesta tersebut pada hari kerja.. So, dapat lalu saja la..
Walaubagaimanapun oleh kerana anak-anak terlalu ingin pergi ke sana, jadi saya pun memujuk abang. ( Abang bukan jenis orang yang suka pergi ke tempat pesta sebegitu.. banyak alasan yang timbul nanti.. Jem la, tak de parking la dan sebagainya..) dan akhirnya berjaya juga impian anak-anak pergi ke Bukit Layang-layang tu, walaupun pada waktu malam.. ( Tak dapat la tengok layang-layang besar..)
Sebenarnya yang hendak saya sebutkan disini bukanlah mengenai layang- layang tetapi mengenai ‘tanduk syaitan’. Tentu semua sudah maklum pasal ‘tanduk syaitan ni kan.. belum lama lagi isu ni dipaparkan di akhbar harian beserta dengan ulasan dari orang yang arif..Tapi malangnya masih ada lagi dikalangan kita yang masih tidak mengetahui atau saja tidak ambil berat mengenai isu ini..
Apa yang menyedihkan ialah penjualan ‘tanduk syaitan’ ini amat berleluasa semasa pesta ini… saya ingat jarak antara satu penjual dengan penjual yang lain hanya lebih kurang 2-3 meter sahaja. Malahan kebanyakan penjualnya adalah di kalangan orang melayu … Yang membelinya juga adalah anak muda melayu juga.. Ada juga ibu bapa yang membelinya untuk anak mereka….Malahan saya rasa mereka berbangga memakaikan tanduk syaitan itu di kepala anak mereka..
Bila berjalan dalam gelap yang menyala hanya tanduk itu saja.. orangnya kita tak nampak..Penyudahnya, Adik, anak saya yang kecil berumur 8 tahun ketakutan, lantas mengajak kami pulang.. “Ayah adik takut la… Nampak syaitan…” Kami tersenyum sendiri…
Untuk menyedapkan hati anak-anak, kami singgah juga la di gerai yang menjual layang-layang dan membelinya sebagai kenangan dapat pergi ke Festival layang-Layang Antarabangsa. Sekurang-kurangnya bila kawan-kawan mereka bercerita di sekolah, mereka boleh memberi pendapat dan pengalaman mereka sendiri.
Adik N Mimi cukup gembira sambil berkata “ esok nak main kat rumah Tok Mak “ maklum la duduk kat taman perumahan, naik main layang-layang kat mana ye…
Tuesday, February 17, 2009
Kerja......Kerja.....Kerja.....
Salam semua.....
Sebenarnya tak de idea pun yang nak dipaparkan kat sini, cuma rasa dah lama tak menulis..
Menjadi seorang yang bekerjaya ni rupanya memang memenatkan.. Betul tak? Lebih-lebih lagi seorang yang bergelar wanita sekaligus menjawat jawatan sebagai isteri dan ibu...
Masa yang ada dalam sehari tu diisi sepenuhnya dengan tugasan seharian.. Oppss ni bukan merungut tau, tapi mengingatkan diri sendiri...
Dulu masa tak bekerja... kita merungut gak sebab boring asyik duduk kat rumah je,tak de kerja nak buat. sekarang ni bila dah kerja rasa tak habis-habis buat kerja... ialah habis kerja ofis buat kerja rumah, abis kerja rumah kerja ofis camtu la selalunya..
Nasib baik lah dapat suami yang bertimbang rasa. sekurang2nya kalau kerja tak siap la tak la kena marah ke, bebel ke dan yang adikberadik dengannya..
anak-anak pun da tau ibu diorang penat dan banyak kerja, yang sulung tu dah pandai la bertanggungjawab sikit.. kalau adik - adik tak dengar cakap dia la pulak tolong marah kan. Hi.. hi... . Sejuk sikit hati ibu... Balik kerja tak payah nak marah anak2.
Ni Abang , mimi N Adik masa berumur antara 1 bulan hingga 3 tahun...
Ni masa oktober 2008...
Sayang anak ibu....
Daa.. Jumpa lagi ..

Subscribe to:
Posts (Atom)