Wednesday, March 25, 2009

Memancing Di Jojo Rakit






Salam semua….
Hujung minggu yang lepas, Abang membawa pekerja dia pergi memancing di atas rakit.
Saya dan anak-anak pun ikut sekali la… Bukan minat pun , malah tak pernah pun menggunakan joran pancing zaman sekarang ni..kalau dulu pun memancing atas ban sawah padi kat rumah atuk..( kalau balik kampung la) atau pun masa ikut ayah pi ladang sawit( he..he..anak felda la katakan) .. tu je.. Jadi, pengalaman pergi memancing kat Hulu Sungai Lebam, ni ku rasakan satu pengalaman yang tak dapat ku lupakan…Best.. dapat naik bot lagi..Anak-anak lagi la excited, sampaikan tak henti-henti bertanya bila nak pergi…Satu lagi sebab abang bukannya seorang kaki pancing… So… sama-sama excited la ni.. tempat ni memang menarik.. cantik… sedap mata memandang.dan tempatnya cukup selesa.




Ni masa kat jeti... tunggu bot ....sejuk mata memandang.














Walaupun pertama kali naik bot.. tapi tetap bersemangat...

Tak sabar rasanya nak naik kat atas rakit... Jauh lagi...
Belajar memancing...

waktu Senja dan suasana memancing waktu malam... Sunyi sepi.. boleh release tension ... tak ada gangguan bunyi .



adik pun memancing juga.. tapi asyik merajuk sebab tak dapat ikan..Tolong kira abang dia dapat berapa ikan je..


Adik dan sepupunya Shafiq dah tak sabar nak naik bot... Kita tengah berkemas lagi, mereka dah masuk dulu...Tengahari Ahad kami bertolak pulang..Selamat tinggal Jojo Rakit.

Wednesday, March 11, 2009

Malaysia, Melayu, PPMSI dan Perosak Bahasa

Kebelakangan ini, negara kita malaysia yang tercinta ini sudah tidak aman lagi. Masing-masing berebut-rebut untuk mengadakan macam-macam jenis demontrasi jalanan, perhimpunan haram dan bermacam-macam lagi hanya kerana satu isu yang remeh temeh .

Sedar atau tidak, mereka ini sebenarnya seolah-olah meniru sikap dan cara rakyat-rakyat dari negara lain seperti India, Pakistan, Indonesia dan banyak lagi..Malahan mereka sanggup membawa dan melibatkan anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa..
Bukankah anak-anak itu amanah Allah kepada kita? Sebagai seorang ibu, saya cukup kesal dan rasa marah kerana ada ibu dan bapa yang mempergunakan anak-anak kecil sebagai alat dalam aktiviti mereka kerana anak-anak kecil ini tidak tahu apa-apa pun selain hanya menjadi mangsa keadaan.

Yang terbaru, isu PPMSI. Saya pun tak tahu kenapa isu ini dipolitikkan…. Pada saya , ada juga kebaikan menggunakan kaedah PPMSI ini.. kalau nak kata PPMSI ini sebagai perosak bahasa, ia adalah anggapan yang salah..Sebenarnya yang menjadi perosak bahasa itu adalah kita sendiri… Sebagai contoh, jika kita menggunakan SMS, Email, YM, Friendster dan banyak lagi…… TAK PERCAYA??????

Pernah tak kita membaca perkataan ADER ( ada), BILER (bila), SAPER (siapa), NIER (ini) LER (lah)..siapa yang menggunakan perkataan ini… dikalangan kita juga kan..
Malahan orang yang mengatakan PPMSI ini perosak bahasa juga mungkin salah seorang yang menngunakan perkataan tersebut. Cuba tanya diri kita sendiri…..dan cari jawapannya.

Kan ada baiknya kita cuba dulu dan kita kaji mana yang elok dan mana yang salah.. Kalau salah mungkin kita boleh perbetulkan. Kalau nak berjaya kenalah lebihkan usaha seperti kata pepatah, “ Usaha Tangga Kejayaan”. Tanpa usaha dimanalah kita…..

Anak sulung saya merupakan antara pelajar yang pertama menggunakan program ni di tahun satu pada tahun 2003.Mula-mula memang rasa susah, maklumlah di tadika belum ada lagi pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, jadi cara pertama yang saya buat ialah penggunaan kamus.. ( Saya pun tak la pandai sangat. Tinggalkan sekolah pun da lama dekat 10 tahun).Bermakna saya pun belajar bersama anak-anak. Bezanya anak di sekolah saya di rumah..jadi kalau anak bertanya, sekurang-kurang saya boleh jawab. Bagi yang berkemampuan mungkin boleh hantar tuisyen ke.. atau banyak lagi cara..Yang penting adalah semangat , teknik pengajaran ( cara guru mengajar) dan cara penyelesaian, juga cara menarik minat mereka untuk mempelajarinya..Hasilnya sekarang dia di tingkatan satu dan subjek kegemarannya adalah matematik. UPSR tempohari walaupun tidak cemerlang namun masih mengekalkan Matematik dan Bahasa Melayu sebagai subjek yang cemerlang..

Kalau nak kata belajar dalam Inggeris akan menyebabkan mereka melupakan bahasa melayu , tak mungkin kerana selain subjek tersebut masih ada penggunaan bahasa dan bahasa perbualan juga adalah menggunakan bahasa melayu… betul tak ?

Saya bukan orang politik dan saya tidak suka politik. Tetapi saya suka kepada kemajuan yang boleh menaikkan martabat kita sebagai orang melayu.. Jangan biarkan diri kita dipandang rendah oleh bangsa lain..Lebih baik kita berusaha untuk berjaya daripada kita buat sesuatu perkara yang menyebabkan bangsa lain mengambil kesempatan dan mentertawakan kita tanpa kita sedari..

….Bangunlah dan Sedarlah ……..kesenangan dan kemudahan tidak akan datang bergolek..