Wednesday, June 10, 2009

Pulau Langkawi








Saja nak berkongsi pengalaman dan keseronokan pergi bercuti.... Dari 9/6 - 12/6, sempena cuti sekolah, kami pergi bercuti ke Langkawi... Sebelum ni cuma dengar dan baca tapi kini aku dapat menjejakkan kaki ke tanah kelahiran Mahsuri.Menaiki penerbangan MAS Airlines dari Senai ke KL dan kemudian ke Langkawi dan tiba lebih kurang pukul 12 suku tengahari.. Hari pertama ni kami penuhkan masa dengan mencari tempat penginapan..Syarat dari anak2 nak yang tepi laut... nanti boleh mandi.Nasib baik, kereta sewa dah cari awal2,kami sampai kat airport je kereta dah tunggu, jadi perjalanan kami lebih mudah.Penginapan kami di Sunset Resort di kawasan Pantai Cenang dan dekat dengan Underwater World, so itulah tempat pertama yang kami lawati... suka sakan anak2.Kemudian kami teruskan perjalanan ke Dataran Lang. Berpandukan peta juga GPS, kira cepat la juga sampai..tapi kekadang berpusing juga.Sebenarnya kat Kawasan dataran tu banyak tempat yang boleh kita tgk dan juga shopping..hi..hi..hi..., tapi oleh kerana hari dah hampir malam dan kami pun kepenatan so, kami hanya tgk burung Lang besar je la...tak sempat pun nak shopping.. nanti nak pujuk abang pi sana semula kalau sempat la.Malam baru study peta untuk esok punya program.




Hari ke-2(10/6)..hari ni kami mulakan dengan menaiki kereta kabel. ke puncak gunung Machincang.. sayup je bila tgk bawah,,ngeri pun ada tapi best sbb dapat tgk laut dan kawasan sekitar dari atas.akhirnya sampai juga aku kat atas puncak tu dan dapat naik jambatan gantung. mmg best walaupun penat dan panas.Seterusnya kami ke air terjun Telaga Tujuh. kami sangkakan ianya mcm kat Johor tapi rupanya kami kena mendaki terlebih dahulu.tinggi pulak tu, rasanya kalau bangunan 8 tingkat pun masih kurang tinggi.. mmg mencabar kesabaran dan menduga mental dan emosi.walaupun suasananya tak seperti yang diharapkan namun kami sampai jua. seterusnya kami teruskan perjalanan ke Kota Mahsuri pula.Menziarahi makam mahsuri dan melawati tapak bekas kediaman keluarganya. Selepas tu kami ke Beras Terbakar sambil shopping skali la.Haa... lepas tu anak2 menuntut janji nak mandi laut...tak berhenti bercakap si bongsu pujuk kami ajak mandi..





Hari ke-tiga( 11/6) - Penangan Telaga Tujuh..... akibatnya hari ni, mood utk berjalan2 tinggal 60% je... sakit kaki la pulak..jadi hari ni cuma pergi Tanjung Rhu bersiar2, mengelilingi pulau dan melihat Gua Buaya dengan menaiki Bot. Lebih kurang 2 jam juga la kat atas air tu . tapi mmg seronok pastu ke Bird Paradise ( Taman Burung)dan Taman Hidupan Liar. kat sini lama la sikit, sbb tptnya agak besar dan kita dibenarkan bermain dengan haiwan yang terdapat di sana, jadi anak2 leka. Aku pun leka gak melihat batu2 kristal dan mutiara yang dipamerkan serta dijual kat situ..cantik2..sempat membeli skali... hi..hi..hi...bila lagi ye tak? ,Perkampungan Air Hangat tapi tempat ni dalam pengubahsuaian, jadi tak de apa2 yang menarik dan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan kami singgah ke sebuah warung di tepi laut dan menikmati Cendol Pulut dan Laksa Power. Cukup enak.Selepas tu apalagi..anak2 ajak mandi laut la.....
Malam kami keluar makan dan lihat suasana malam di kawasan Pantai Cenang. meriah...penuh dengan lampu berwarna warni. mmg cantik.

Hari keempat(12/6)- Hari terakhir kami kat sini... bersiap dan berkemas untuk pulang. kami naik flight tengahari. SELAMAT TINGGAL PULAU LANGKAWI. PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI! dan dari KLIA flight malam. Sampai LTAS kul 8 lebih sampai sampai di rumah lebih kurang kul 10 mlm.
Tamat sudah waktu bercuti. Minggu depan da start kerja...

Friday, June 5, 2009

Jalan Jem Lagi!!!!!!

saja aku buat post ni jadi macam diari sbb kesuntukan masa..masa kat kampung line lak tak de..








(Isnin-8/9/2009)-On the way balik Pasir Gudang di Jalan Kota tinggi - Johor Bahru. Sikap pemandu lori ni memang buat aku naik angin.. da tahu bawa muatan penuh dan berat apa la salahnya beri laluan pada pemandu yang lain. Ni tak. semua jalan dia yang punya.. tak kira la satu lorong ataupun dua, malahan kat laluan memotong pun dia conquer. dalam hal ni sapa yang nak disalahkan...salam tuan, saya pun bayar cukai gak!!!!!!!!









(Ahad-7/6/2009)....... Jumpa jem lagi... kali ni kat PLUS dari arah Batu pahat menghala ke selatan. Ada kemalangan. yang da terjadi tu tak pe lah... yang buat jadi marah ni jalan dua lorong jadi 3 lorong. tak boleh ke tunggu ikut giliran masing2. yang depan didahulukanlah.. itulah sikap pemandu masakini.








(Jumaat - 5/6/2009) Di Trafik Light Ulu Tiram. Hari ni aku balik Kota Tinggi lagi... minggu ni da 3 kali..maklum la anak2 semua kat sana semasa cuti sekolah ni. lagipun sepupu2 diorang yang kat kuantan tu pun ada balik gak.....
Hmmmmm........hari ni mengadap jalan jem lagi... sungguh menyakitkan hati. Nak salahkan jalan. tgk elok je..tak rosak pun. Nak kata lampu trafik rosak.... tak juga .. sbb elok je menyala. masing2 tak sabar. baik kereta ke, lori ke mahupun bas sama je.. motor tak yah la cakap sbb diorang ni kecik je.. ingatkan kalau ikut jalan shortcut boleh elak dari jem rupanya sama je.. nasib baik keluar awal sikit, kalau tak rasanya pasti lebih kebelakang... kalau masing2 ikut peraturan rasanya pasti tak de masalah. Siapa yang nak disalahkan dalam hal ni... Fikir la sendiri...!!!! jangan tanya orang lain tau.. tanya diri sendiri.