Salam semua…
Dikala suasana kerja masa kini sudah pasti kita tidak terkecuali dari masalah, ketidakpuasan, cemburu sesama rakan sekerja , tidak puas hati dgn majikan atau penyelia, tidak boleh ditegur oleh rakan/ orang atasan dan macam2 lagi….
Apakah sikap positif dan negatif? Sikap positif adalah perangai atau kelakuan yang baik sesuai dengan nilai2 kehidupan kita seperti berdisiplin, bekerja keras, jujur, setia kawan, semangat kekeluargaan,menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan baik, bertoleransi, bersederhana, bertaqwa dan byk lagi. Manakala sikap negative pula adalah sikap seperti malas, mudah tersinggung, merasa paling berkuasa, terlalu emosi, suka memaksa , tiada disiplin,terlalu rendah diri,cemburu, boros dan tidak bertaqwa.
Bagaimana caranya kita hendak menanamkan sikap positif dalam diri kita dan menghindari sikap negatif dari menyelubungi kita selamanya yang pasti akan menjejaskan kualiti kerja kita juga memberi kesan terhadap kepentingan syarikat itu sendiri.Cara hindari sikap yang negatif antaranya:-
• Berfikiran terbuka dan melihat setiap masalah itu dari pelbagai sudut.
• Elakkan membanding-bandingkan diri kita dengan rakan2 sekerja.
• Hindari dari rasa takut gagal atau rendah diri dan elakkan juga dari berfikir terlalu kehadapan seperti kita mesti menjadi jawatan yang tinggi. Sebaiknya kenali diri dan kemampuan kita dahulu dan berusaha untuk berjaya.
Bagaimana menanam sikap positif dalam diri, antaranya :-
• Elak berfikiran negatif.
• Belajar untuk sentiasa tenang, lakukan sesuatu dengan yakin.
• Membentuk sikap dan penampilan diri yang positif
• Pertahankan sikap positif iaitu sentiasa berusaha, tidak mengeluh, kuat semangat dan sabar.
• Sentiasa bersyukur.
Kita akan dapat membezakan antara org yang mempunyai sikap positif dan yg mempunyai sikap negatif. Contohnya kita tidak akan merasa selesa jika bersama orang yang memiliki sikap yang negatif, sebaliknya sebaliknya orang yang bersikap positif kehadirannya akan ditunggu dan kita selesa bersama mereka.
Sebaiknya anggaplah diri kita ini, seorang yang belum cukup sempurna, yang memerlukan kita lebih berusaha untuk berjaya dan menjadikan rakan sekerja sebagai satu keluarga ditempat kerja agar kita lebih selesa dan ceria sewaktu bekerja..
p/s : Sebenarnya post kat atas ni buat ingatan untuk diri sendiri juga untuk teman2 yg ingin menjadikannya sebagai panduan. Marilah kita bersama2 menanamkan sikap positif dalam diri kita dalam apa jua keadaan dan suasana..