Monday, April 19, 2010

Ceritaku

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera serta selamat menyambut pertengahan tahun…he..he..he..Lama tak wat post. Bukan tak nak Cuma keadaan tidak begitu mengizinkan.. kekadang ada masa free tapi idea tak datang pulak. Time idea datang masa pulak tak mengizinkan.. macam tu la…

Untuk entry kali ni.. tak de apa apa yang menarik pun. Cuma sekadar nak berkongsi aktiviti dan perkembangan kami sekeluarga sepanjang tak de wat posting ni..sudi-sudikan lah ye..Hujung tahun lepas, kami berkempatan mengikuti ‘Muslim Tour’ ke Beijing sempena cuti sekolah..seronok gak dapat tengok sendiri negeri orang.. sebelum ni Cuma dengar dan lihat gambar je..Cuma hajat untuk melihat salji turun je yang x dapat…walaupun itu yang sebenarnya hajat kami untuk ke sana. Tapi ketika kami sampai di sana suhu mmg sangat sejuk sekitar -10 darjah celcius..Dan air sungai dan tasik juga membeku.. Cuma tiada sajli memutih. Mengikut kata pemandu pelancong, pada tahun 2009 salji turun lebih awal iaitu sekitar bulan November dan semasa kami tiba ia sudah mula mencair.. tapi dapat la juga tengok saki baki ketika kami melawat Tembok Besar China.
Ketika cuti Tahun Baru China pula , kami x kemana2. sekadar pulang ke kampung dan membawa anak2 mandi di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.Tak dapat mandi pun.. sekadar bermain di gigi air sahaja.. dan dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang , kami singgah sebentar ke Pekan Telok Sengat dan Kampung Tanjung Buai. Saja bersantai tengok air laut… Buat rehatkan fikiran setelah penat bekerja dan untuk anak2 pulak setelah penat belajar sepanjang hari.

Dan pada bulan Mac, aku berkesempatan mengikuti suami ke Guangzhou. Walaupun atas urusan kerja, namun banyak pengajaran dan maklumat yang aku pelajari di sini..ketika sampai di sini, cuaca masih lagi sejuk iaitu sekitar 12 darjah celcius..nasib baik masa nak pergi aritu dah standby baju tebal awal-awal. Walaupun cuaca sejuk , namun pencemaran udara di sana ( jerebu ) tetap ada, malah jauh lebih tinggi dari negara kita. Kesannya pada aku ialah balik je ke Malaysia aku di serang demam selsema. Lama gak la nak baik , lbh kurang seminggu lebih jugak.. tapi bukan H1N1 tau… sekadar batuk dan selsema je.. mungkin disebabkan kurang minum air dan terdedah kepada pencemaran udara dan mungkin juga pertukaran cuaca dari sejuk ke panas yang tinggi ketika itu di negara kita. Yang penting sebelum ke sana sejak dari Disember lg kami telah pun mengambil langkah berjaga – jaga untuk ke luar negara.

Dan yang terbaru, pada minggu lepas aku membawa anak-anak berjalan ke Kompleks Pasir Gudang untuk melihat Karnival autoshow.. kalu x silap.. bukan nak tengok apa, nak tangok kereta pertonas Mercedes F1 je.. jadi la.. nak tengok betul2 tak dapat, tengok replica pun jadi lah..

Oklah .. itu saja utk kali ni.. jumpa lagi.. Daaaaaaa