Saturday, September 25, 2010

Keracunan Makanan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam aidilfitri..

Lama kan tak wat entry baru...entah la. idea nak mengarang tu langsung tak ada.. satu lg malas nak berfikir kot.. hihihi.. ni nak bersihkan sawang2 yang byk kat blog ni.. agar blog ni kembali berseri semula.. hehehe .. boleh tak wat ayat camtu?

Topik yg nak diutarakan kat sini pasal keracunan makanan. Definasinya ialah penyakit yang menyebabkan gejala cirit-birit yang kerap dengan atau tanpa gejala-gejala lain seperti loya, muntah, demam dan sakit perut.

Di saat kita masih di dalam bulan syawal ni.. pasti ramai antara kita yg menghadiri macam2 majlis dan rumah terbuka. Jadi berhati2 la.. jgn asyik nak ikutkan selera sahaja.

Kenapa saya mengutarakan topik keracunan makanan pada kali ini?.. Sebabnya hari ini, putera saya terkena keracunan makanan.Bukan disebabkan menghadiri rumah terbuka atau sebarang majlis yang ada jamuan makan tetapi kerana makanan di kantin sekolah.Mengapa saya berkata begitu?.. Kerana setelah saya tanya dan selidiki apa yang dimakannya, dia menjawab makan mee kari kat kantin sekolah tadi petang.. hmmmm .. memang pun sbb muntah yang pertama kali tadi mmg keluar semua isi perut dia.. tak sempat nak ke tandas.. alhamdulillah sbb tak kena cirit birit sekali.. sekadar muntah sahaja.. kalau tidak.. rasanya musnahlah segala perancangan sebelum ini hendak ke Kuala Lumpur.Dan yang paling penting peperiksaan UPSR dah pun berakhir semalam.. kalau tak.. entah lah.. tak dapat ku bayangkan..

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?.Penyebab utama adalah termakan makanan yang tercemar ataupun sentuhan individual yang terkena virus, bakteria atau parasit yang berkenaan.Bakteria - bakteria penyebab adalah Staphylococus aureus, Salmonella, Escherichia coli enteropathogenic, Bacillus cereus, Vibrio Parahaemolyticus, Camphylobacter. Maklumat selanjutnya boleh la baca kat link yg ada ni ye..
http://www.infosihat.gov.my/media/poster/Pos_Kebersihan%20makanan/PDF/Bakteria%20Utama_web.pdf.

Setelah membawanya ke klinik dan memberinya ubat, aku amat berharap agar esok keadaannya pulih sepenuhnya. hmm..... tu pun ada hati nak gi beraya juga esok pagi.. tegas ku padanya, ".. selagi lom baik tak boleh kemana-mana..." jadi programku yang telah diatur untuk esok bagaimana pulak ye?.. sama-samalah kita tunggu dan lihat. harap semuanya berjalan lancar.

Nilah sahaja entry untuk kali ni.. Jumpa lagi...:)