Mat Rempit………
Definasinya ialah remaja atau belia yang menunggang motosikal tanpa topi keledar.
Mereka juga menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Tak kiralah jalan tu jalan persekutuan ke , jalan bandaran ke mahupun jalan kampung..
Mengapa mereka jadi begini ?... Adakah kerana perubahan zaman?... Tak mungkin.. kerana dari zaman saya remaja dulu dah ada Mat Rempit… Cuma gelaran saja yang berubah. Dulu tak digelar mat rempit…
Sebagai seorang yang bekerja luar pejabat dah tentunya, kita akan selalu jumpa telatah –telatah Mat Motor ni… ada yang pakai helmet ada yang tidak… ada yang masih remaja malahan ada dah belia pun.. ada yang menghormati pengguna jalan raya yang lain… banyak yang tidak…. Wajarkah kita salah kan orang tua mereka ?... pada saya langsung tak wajar… Kadang-kadang mak kita tu sampai tergigit lidah membebel.. tapi sebagai anak apa yang kita buat?........... ( Tanyalah diri sendiri)…. Yang pasti nya…Kita angkat kaki pastu cabut lari… betul tak? Sebagai seorang ibu saya juga mempunyai anak lelaki yang meningkat remaja…begitulah keadaannya…
Apa akan jadi kalau seorang ibu itu tidak membebel @ memarahi anak-anak? ( kebiasaanya memang ibu sahaja yang membebel…. Seorang bapa jarang sekali kita jumpa mereka membebel kalau adapun mungkin satu dalam 20 orang… itupun kalau ada).
Berbalik kepada mat rempit…dalam minggu ini saya ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat, saya menyaksikan satu kemalangan membabitkan mat motor… ( kita panggil la mat motor sebab waktu siang) . keadaannya pakai helmet tapi tak berikat , motor memang cantik, tapi sayang buat jalanraya macam sendiri punya .. tak hormat orang lain sekalipun pak cik tua..hasilnya jatuh terpelanting sebab bawak motor laju gila.. tak kira jalan lurus atau selekoh bahaya…. Haa.. padan muka… seingat sayalah .. hari tu tak de seorang pun yang berhenti tengok dia… begitu juga saya… memang kirim salam la..
Tapi.. saya nampak dia boleh bangun .. tu kira ok la tu.. Pengajarannya… Hormatilah orang lain.. tak kira di mana berada.. naik motor atau naik kereta…
Ambillah pengajaran dari cerita saya ni…
No comments:
Post a Comment