Kebelakangan ini, negara kita malaysia yang tercinta ini sudah tidak aman lagi. Masing-masing berebut-rebut untuk mengadakan macam-macam jenis demontrasi jalanan, perhimpunan haram dan bermacam-macam lagi hanya kerana satu isu yang remeh temeh .
Sedar atau tidak, mereka ini sebenarnya seolah-olah meniru sikap dan cara rakyat-rakyat dari negara lain seperti India, Pakistan, Indonesia dan banyak lagi..Malahan mereka sanggup membawa dan melibatkan anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa..
Bukankah anak-anak itu amanah Allah kepada kita? Sebagai seorang ibu, saya cukup kesal dan rasa marah kerana ada ibu dan bapa yang mempergunakan anak-anak kecil sebagai alat dalam aktiviti mereka kerana anak-anak kecil ini tidak tahu apa-apa pun selain hanya menjadi mangsa keadaan.
Yang terbaru, isu PPMSI. Saya pun tak tahu kenapa isu ini dipolitikkan…. Pada saya , ada juga kebaikan menggunakan kaedah PPMSI ini.. kalau nak kata PPMSI ini sebagai perosak bahasa, ia adalah anggapan yang salah..Sebenarnya yang menjadi perosak bahasa itu adalah kita sendiri… Sebagai contoh, jika kita menggunakan SMS, Email, YM, Friendster dan banyak lagi…… TAK PERCAYA??????
Pernah tak kita membaca perkataan ADER ( ada), BILER (bila), SAPER (siapa), NIER (ini) LER (lah)..siapa yang menggunakan perkataan ini… dikalangan kita juga kan..
Malahan orang yang mengatakan PPMSI ini perosak bahasa juga mungkin salah seorang yang menngunakan perkataan tersebut. Cuba tanya diri kita sendiri…..dan cari jawapannya.
Kan ada baiknya kita cuba dulu dan kita kaji mana yang elok dan mana yang salah.. Kalau salah mungkin kita boleh perbetulkan. Kalau nak berjaya kenalah lebihkan usaha seperti kata pepatah, “ Usaha Tangga Kejayaan”. Tanpa usaha dimanalah kita…..
Anak sulung saya merupakan antara pelajar yang pertama menggunakan program ni di tahun satu pada tahun 2003.Mula-mula memang rasa susah, maklumlah di tadika belum ada lagi pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, jadi cara pertama yang saya buat ialah penggunaan kamus.. ( Saya pun tak la pandai sangat. Tinggalkan sekolah pun da lama dekat 10 tahun).Bermakna saya pun belajar bersama anak-anak. Bezanya anak di sekolah saya di rumah..jadi kalau anak bertanya, sekurang-kurang saya boleh jawab. Bagi yang berkemampuan mungkin boleh hantar tuisyen ke.. atau banyak lagi cara..Yang penting adalah semangat , teknik pengajaran ( cara guru mengajar) dan cara penyelesaian, juga cara menarik minat mereka untuk mempelajarinya..Hasilnya sekarang dia di tingkatan satu dan subjek kegemarannya adalah matematik. UPSR tempohari walaupun tidak cemerlang namun masih mengekalkan Matematik dan Bahasa Melayu sebagai subjek yang cemerlang..
Kalau nak kata belajar dalam Inggeris akan menyebabkan mereka melupakan bahasa melayu , tak mungkin kerana selain subjek tersebut masih ada penggunaan bahasa dan bahasa perbualan juga adalah menggunakan bahasa melayu… betul tak ?
Saya bukan orang politik dan saya tidak suka politik. Tetapi saya suka kepada kemajuan yang boleh menaikkan martabat kita sebagai orang melayu.. Jangan biarkan diri kita dipandang rendah oleh bangsa lain..Lebih baik kita berusaha untuk berjaya daripada kita buat sesuatu perkara yang menyebabkan bangsa lain mengambil kesempatan dan mentertawakan kita tanpa kita sedari..
….Bangunlah dan Sedarlah ……..kesenangan dan kemudahan tidak akan datang bergolek..
Salam...pendapat sekupang akak lah...
ReplyDeletePPMSI hanya mengagungkan bahasa inggeris sahaja...tak kemana pun. kalau masuk universiti pun..dah ada subjek bahasa inggeris utk di dalami. Sekarang ni dah banyak ahli bijak pandai yg menterjemah buku2 ilmiah sains atau matematik ke bahasa ibunda kita.
Kenapa mengagungkan PPMSI ni? apa relevannya? Sebab kita setanding dgn orang putih? Tak kemana ideologi tu...
Realitinya hanya anak2 org senang yg boleh mencapai impian PPMSI..anak2 org susah & sewaktu dgnnya yg kebanyaknnya MELAYU..paling ramai ketinggalan. nak pergi tuisyen jauh dari kemampuan, nak beli kelengkapan belajar pun dah syukur...
Lagi perkara penting...kenapa kita tak MEMARTABATKAN BAHASA KITA SENDIRI SEBAGAI BAHASA PENDIDIKAN!!!! Kita bukannya hidup dlm zaman penjajah...kita boleh bina cara hidup kita sendiri. Kita boleh nak belajar berapa banyak bahasa sekalipun...tapi bahasa IBUNDA kita patut diutamakan. kalau dah bahasa kebangsaan sendiri di perkotak-katikkan, kat mana semangat kebangsaan tu...siapa yg mudah lupa?
Kesenangan hidup akan datang bukan terletak pada bahasa inggeris tu...itulah yg org kita selalu lupa. Masih ada lagi semangat penjajah..
he he he...byk lagi nak komen. cukuplah ni.
Salam...
ReplyDeleteHanya tiga subjek je yang gunakannya. kalau semua mungkin juga ada logiknya.
Pendapat masing-masing.. Walaupun saya setuju Penggunaan PPMSI, tak semestinya ada semangat penjajah.. Cuma dah merasa bagaimana bangsa lain mengumpat kita dalam bahasa inggeris.. Diaorang ingat kita tak faham.
Walaubagaimanapun tetap sedar kita ni anak kampung yang dibesarkan dalam suasana felda dan tidak akan melupakannya..
salam,
ReplyDeletesetuju dengan pendapat nora. Mempelajari bahasa bermaksud kita perlu setiap hari menggunakannya barulah kita akan mahir. PPMSI bukanlah bermaksud kita ada semangat penjajah, atau melupakan bahasa sendiri, tetapi sebagai langkah permulaan agar bahasa inggeris itu dapat kita praktikkan setiap hari supaya lebih mahir menggunakannya. Mempelajari banyak bahasa kan bagus.
Saya tak faham, kenapa selepas 6 tahun PPMSI dilaksanakan, baru sekarang nak dibuat demonstrasi. Itu hanya agenda politik semasa sebenarnya.
Kagum dengan bangsa cina dan india yang fasih dalam 3 bahasa sekali. Sekarang ni pun kalau di tv, kita dapat lihat orang cina dan india berbahasa Malaysia dengan baik sekali. Susah nak dengar kepelatan mereka. Tapi mereka juga fasih dalam bahasa inggeris dan bahasa ibunda mereka. Orang kita nih, tahu nak berdemonstrasi sahaja, tak kemana perginya...
salam nora,
ReplyDeleteterima kasih kerana singgah dan beri komen di blog saya.
kepada milla,
mungkin saya tidak sependapat dengan anda. boleh saya tanya, berapa banyak buku bahasa inggeris (di dalam sains & matematik -bukan buku teks sekolah sahaja) yang telah diterjemah? apa usaha kononnya pejuang bahasa tu menterjemah buku-buku tersebut? berapa banyak buku2 yang ditulis dalam bahasa melayu ini? kalau ada, saya amat bersyukur sekali. Di dalam bidang saya, utk pengetahuan milla, tidak ada satu buku pun di dalam bahasa melayu (ergonomik) malah ada yang masih keliru ergonomik dan ekonomi. dan banyak contoh lagi...
di universiti BI diajar. Ya memang diajar tetapi sekadar pengukuhan dan komunikasi. amat tidak cukup untuk menampung keperluan bagi pelajar yang memang tidak mahir bahasa inggeris. Universiti kebanyakannya sudah memulakan medium bahasa inggeris sebagai bahasa pengajaran, malah bahan - bahan rujukan (buku, makalah, jurnal, artikel) adalah di dalam bahasa inggeris. Cubalah teliti UKM walaupun menggunakan BM sebagai medium dan penulisan tesis pelajarnya, namun segala rujukan malah penulisan ahli akademiknya adalah dalam BI.
mahir dalam bahasa asing tidak akan melunturkan semangat jatidiri seseorang itu. kenapa selama ini kita tidak mempertikaikan pelajar yang dihantar ke rusia, arab, jepun, perancis... mereka terpaksa belajar bahasa asing tersebut. adakah luntur semangat cintakan bangsa dan tanah air? adakah masyarakat cina luntur semangat kecinaannya apabila mereka juga belajar bahasa melayu?
seperti sdri yus, beliau menetap di UK selama 4 tahun, kena menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan selain dari di rumah, adakah luntur semangatnya sebagai seorang melayu? Dak gitu yus?
Apapu, masing-masing mempunyai pandangan masing-masing yang patut dihormati. Cuma janganlah sampai berdemonstrasi, menghabiskan beras je...
Salam...
ReplyDeletekepada Yus dan desilza. Terima kasih kerana sependapat.