Tuesday, April 28, 2009

Asthma

Salam semua... Lama dah tak buat post baru. tak de idea dan tak cukup masa. masa idea datang tengah buat keje lak. kekadang tengah bawak keta..Bila da sampai idea pun hilang ..ha..ha..ha.. walaubagaimanapun blog ni cuma utk masa lapang je.. Komitmen pada kerja dan keluarga adalah yang utama..

Hari ni nampak gayanya kena cuti dari pegi office, tapi still kena online dari rumah je. sebabnya putera bongsu ku diserang asthma. da dekat setahun lebih gak dia tak kena.. ingatkan da baik. macam abang dia dulu. naik darjah satu terus baik..sampai sekarang tak pernah kena lagi kecuali batuk dan selsema biasa je..

Kasihan gak semalam tengok dia sampai tak larat nak jalan balik rumah..Last- last dia duduk tepi jalan. sebenarnya rumahku tak jauh dari sekolah kebangsaan. so, waktu balik dia akan berjalan kaki sahaja.

kalau aku tahu dia kena asthma, dari semalam aku tak hantar pi sekolah, tapi malangnya waktu tengahari tu dia biasa je, cuma ckp pening sikit, so aku bagi lah ubat demam je.. tak sangka lak terus diserang asthma. Sampai nak cakap tak boleh. termengah-mengah.. agaknya dia berlari-lari kat sekolah smlm. ialah budak 8 tahun. kan tengah lasak lagi..kali ni kira teruk juga lah..

masa kat klinik kena sedut gas, biasnya dahulu kalau sedut gas dia rilek je.. tapi kali ni, masa sedut gas pun terbatuk-batuk, lama baru ok... nampak dia selesa sikit.. tapi malam macam biasa lah. tetap tak boleh tidur..
Tu la pengalaman menjaga anak2 diserang asthma.. dari mrk kecil sampai la skrg..cuma yang no.2 je, yang tiada asthma, yang sulung dan yang bongsu menhidapnya.. apa sebabnya?...

nak suruh diorang duduk diam tak mungkin kot... yang boleh time demam je la. time diorang sihat , macam budak lain tetap cergas dan aktif. masih boleh bermain bola , berlari dan mcm-macam lagi.. da nama pun budak lelaki...

ok lah. tu je.. nak masak bubur lak utk Adik. Kalau kena asthma ni , dia tak nak makan menu lain kecuali bubur nasi dan ikan goreng je.. lagipun waktu sekarang ni musim panas kan.. waktu malam , waktu hujan pun tak sejuk, tapi berbahang...dunia..dunia..

bye...

2 comments:

  1. Kesiannya adik....la ni dah sihat ke?

    ReplyDelete
  2. salam..
    alhamdulillah, sihat da tapi masih dilarang mengikuti aktiviti sukan kat sekolah...

    Faham-faham je la budak sorang tu.. kalau sihat sikit bukan boleh duduk diam..

    ReplyDelete