Wednesday, June 10, 2009
Pulau Langkawi
Saja nak berkongsi pengalaman dan keseronokan pergi bercuti.... Dari 9/6 - 12/6, sempena cuti sekolah, kami pergi bercuti ke Langkawi... Sebelum ni cuma dengar dan baca tapi kini aku dapat menjejakkan kaki ke tanah kelahiran Mahsuri.Menaiki penerbangan MAS Airlines dari Senai ke KL dan kemudian ke Langkawi dan tiba lebih kurang pukul 12 suku tengahari.. Hari pertama ni kami penuhkan masa dengan mencari tempat penginapan..Syarat dari anak2 nak yang tepi laut... nanti boleh mandi.Nasib baik, kereta sewa dah cari awal2,kami sampai kat airport je kereta dah tunggu, jadi perjalanan kami lebih mudah.Penginapan kami di Sunset Resort di kawasan Pantai Cenang dan dekat dengan Underwater World, so itulah tempat pertama yang kami lawati... suka sakan anak2.Kemudian kami teruskan perjalanan ke Dataran Lang. Berpandukan peta juga GPS, kira cepat la juga sampai..tapi kekadang berpusing juga.Sebenarnya kat Kawasan dataran tu banyak tempat yang boleh kita tgk dan juga shopping..hi..hi..hi..., tapi oleh kerana hari dah hampir malam dan kami pun kepenatan so, kami hanya tgk burung Lang besar je la...tak sempat pun nak shopping.. nanti nak pujuk abang pi sana semula kalau sempat la.Malam baru study peta untuk esok punya program.
Hari ke-2(10/6)..hari ni kami mulakan dengan menaiki kereta kabel. ke puncak gunung Machincang.. sayup je bila tgk bawah,,ngeri pun ada tapi best sbb dapat tgk laut dan kawasan sekitar dari atas.akhirnya sampai juga aku kat atas puncak tu dan dapat naik jambatan gantung. mmg best walaupun penat dan panas.Seterusnya kami ke air terjun Telaga Tujuh. kami sangkakan ianya mcm kat Johor tapi rupanya kami kena mendaki terlebih dahulu.tinggi pulak tu, rasanya kalau bangunan 8 tingkat pun masih kurang tinggi.. mmg mencabar kesabaran dan menduga mental dan emosi.walaupun suasananya tak seperti yang diharapkan namun kami sampai jua. seterusnya kami teruskan perjalanan ke Kota Mahsuri pula.Menziarahi makam mahsuri dan melawati tapak bekas kediaman keluarganya. Selepas tu kami ke Beras Terbakar sambil shopping skali la.Haa... lepas tu anak2 menuntut janji nak mandi laut...tak berhenti bercakap si bongsu pujuk kami ajak mandi..
Hari ke-tiga( 11/6) - Penangan Telaga Tujuh..... akibatnya hari ni, mood utk berjalan2 tinggal 60% je... sakit kaki la pulak..jadi hari ni cuma pergi Tanjung Rhu bersiar2, mengelilingi pulau dan melihat Gua Buaya dengan menaiki Bot. Lebih kurang 2 jam juga la kat atas air tu . tapi mmg seronok pastu ke Bird Paradise ( Taman Burung)dan Taman Hidupan Liar. kat sini lama la sikit, sbb tptnya agak besar dan kita dibenarkan bermain dengan haiwan yang terdapat di sana, jadi anak2 leka. Aku pun leka gak melihat batu2 kristal dan mutiara yang dipamerkan serta dijual kat situ..cantik2..sempat membeli skali... hi..hi..hi...bila lagi ye tak? ,Perkampungan Air Hangat tapi tempat ni dalam pengubahsuaian, jadi tak de apa2 yang menarik dan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan kami singgah ke sebuah warung di tepi laut dan menikmati Cendol Pulut dan Laksa Power. Cukup enak.Selepas tu apalagi..anak2 ajak mandi laut la.....
Malam kami keluar makan dan lihat suasana malam di kawasan Pantai Cenang. meriah...penuh dengan lampu berwarna warni. mmg cantik.
Hari keempat(12/6)- Hari terakhir kami kat sini... bersiap dan berkemas untuk pulang. kami naik flight tengahari. SELAMAT TINGGAL PULAU LANGKAWI. PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI! dan dari KLIA flight malam. Sampai LTAS kul 8 lebih sampai sampai di rumah lebih kurang kul 10 mlm.
Tamat sudah waktu bercuti. Minggu depan da start kerja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Seronoknya dapat pergi bercuti dengan family. Sy pun plan nak pergi Pulau Perhentian dlm cuti itu hari, tapi tak jadi pulak. Walaupun saya dekat dengan pulau perhentian, tapi sy tak pernah pergi...teringin jugak nak tengok. Dulu sy pernah pergi Pulau Langkawi, tapi dah lama dah...semasa belajar kat Universiti dulu lagi...teringin juga nak pergi lagi coz belum naik lagi kereta kabel... :)
ReplyDeleteCikgu Chun,
ReplyDeleteBagi kami yang jarang bercuti panjang peluang ni mmg amat dihargai.. tu pun kekadang telefon berbunyi gak. cuma kurang sikit.kalau untuk buat release tension mmg bagus sbb pemandangan di sana damai dengan sawah padi dan juga banyak pokok . sejuk mata memandang.tak de kesesakan lalu lintas..mmg best.Saya mmg tak pernah pergi dan abang pun last pergi 10 tahun lepas, jadi tak sama la keadaannya mcm skrg.
bercuti mmg best....lapang rasa kepala dpt keluar dari tempat biasa. he he he...gambar jer ke...takde ole2 dari langkawi ker? ko shopping sakan...org kata pinggan mangkuk murah2 kat sana tu...tul ke?
ReplyDeleteanyway...selamat kembali & selamat bekerja semula.
Mmg best.. Ole2 ko tunggu je dpn pintu ye.. nanti posmen hantar.. he..he..he.. lom sempat pos lagi. jgn marah ha..
ReplyDeleteTak shopping pun... cuci mata aje... saja nak berehat dari beban kerja kat johor , lari la kejap pi Langkawi ... hi..hi..hi..