Malam semalam, aku mengikut suami ke Ayer keroh,Melaka atas urusan kerjanya. Oleh kerana dah malam dan dia hanya berseorangan , jadi aku decide ikut.. bukan apa..jadi teman bercakap je.. Sesudah usai urusannya, kami pun mencari tempat makan. "Kita makan ikan bakar la.. nak tak?" katanya. Aku pun iye je la.. he.. he.. perut pun memang da lapar .. dari petang lom makan.Jadi atas cadangan kawan dia, kami pun mencari satu tempat yang bernama Crystal Bay.Dikawasan Telok Mas kalau tak silap la .. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga la tempat . Iyenya macam medan selera jugak la dan kami sampai lebih kurang kul 11.00 malam.
Apa yang menarik perhatian aku kat sini ialah di gerai tempat kami makan tu menyajikan makan ala seafood tetapi dimakan bersama dengan nasi lemak.. Tu yang aku pelik tu... Kita yang tak biasa pada mulanya tertanya2 juga la.. kenapa mereka tak ambil order utk nasi hanya order utk lauk2 saja.. rupa2nya mmg gitu cara bisnes kat situ.. hai.. pelik sungguh. tapi cuma satu kedai je la kami pergi yang lain2 tak tau la pulak camna caranya. nak pusing2 dulu malas la pulak.. ari da malam, nak balik Pasir Gudang lagi..
Dah nama nasi lemak yang sememangnya kegemaran putera2 ku, habis 10 bungkus dikendurikan bersama ikan bakar, kerang rebus dan juga ketam sweet sour.Memang sedap, sebab ikan dan ketam masih segar lagi.
Dan sesudah makan kami bergerak pulang dan sampai lebih kurang pukul 3 pagi.
salam...he he he...10 bungkus!! mak oooiii dasat tu, mesti mimi yg paling byk. betul tak? mkn nasi lemak lepas tu drive pagi2 tu tak ngantuk ke?
ReplyDeletepssst...bila kita nak buat romongan cik kiah ke bandar hilir erk? bkn ape mokcik teringin nak shopping bakul besar tu lah...org kata hrg sgt menawan kat sana tu...
hi...hi...hi... memang pun. Mimi N Fadhli sorang 3 bungkus. mmg ngantuk pun. tapi den tak drive. cik abang yang drive..terlelap juga akhirnya lepas susur kulai. dah tak boleh tahan.
ReplyDeleteKo balik la johor lama2 sikit. pastu boleh la kita planning. Orang pun da lama tak gi sana.... last pergi dulu mimi kecik lagi. Yang pi ngan mak N encik. pastu tak pernah pi lagi..
Teringin juga nak nak perkena ikan bakar umbai kat Melaka tu.. cuma dengar nama je slama ni, tapi x pernah sampai.
ReplyDeleteCikgu Chun,
ReplyDeleteWalaupun saya ada kampung di sempadan negeri melaka, tapi itulah first time saya makan ikan bakar gaya gitu. mmg tak pernah seumur hidup.
Kak Nora,
ReplyDeleteSaya pun x pernah jugak kak. Lg pun saya ni jenis sempoi je, dapat pun tak kisah, tak dapatpun tak kisah... Kalau makan ikan bakar kat Kg. Baru, KL tu pernah lah. hehehe.