Assalamualaikum dan Selamat sejahtera serta selamat menyambut pertengahan tahun…he..he..he..Lama tak wat post. Bukan tak nak Cuma keadaan tidak begitu mengizinkan.. kekadang ada masa free tapi idea tak datang pulak. Time idea datang masa pulak tak mengizinkan.. macam tu la…
Untuk entry kali ni.. tak de apa apa yang menarik pun. Cuma sekadar nak berkongsi aktiviti dan perkembangan kami sekeluarga sepanjang tak de wat posting ni..sudi-sudikan lah ye..Hujung tahun lepas, kami berkempatan mengikuti ‘Muslim Tour’ ke Beijing sempena cuti sekolah..seronok gak dapat tengok sendiri negeri orang.. sebelum ni Cuma dengar dan lihat gambar je..Cuma hajat untuk melihat salji turun je yang x dapat…walaupun itu yang sebenarnya hajat kami untuk ke sana. Tapi ketika kami sampai di sana suhu mmg sangat sejuk sekitar -10 darjah celcius..Dan air sungai dan tasik juga membeku.. Cuma tiada sajli memutih. Mengikut kata pemandu pelancong, pada tahun 2009 salji turun lebih awal iaitu sekitar bulan November dan semasa kami tiba ia sudah mula mencair.. tapi dapat la juga tengok saki baki ketika kami melawat Tembok Besar China.
Ketika cuti Tahun Baru China pula , kami x kemana2. sekadar pulang ke kampung dan membawa anak2 mandi di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.Tak dapat mandi pun.. sekadar bermain di gigi air sahaja.. dan dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang , kami singgah sebentar ke Pekan Telok Sengat dan Kampung Tanjung Buai. Saja bersantai tengok air laut… Buat rehatkan fikiran setelah penat bekerja dan untuk anak2 pulak setelah penat belajar sepanjang hari.
Dan pada bulan Mac, aku berkesempatan mengikuti suami ke Guangzhou. Walaupun atas urusan kerja, namun banyak pengajaran dan maklumat yang aku pelajari di sini..ketika sampai di sini, cuaca masih lagi sejuk iaitu sekitar 12 darjah celcius..nasib baik masa nak pergi aritu dah standby baju tebal awal-awal. Walaupun cuaca sejuk , namun pencemaran udara di sana ( jerebu ) tetap ada, malah jauh lebih tinggi dari negara kita. Kesannya pada aku ialah balik je ke Malaysia aku di serang demam selsema. Lama gak la nak baik , lbh kurang seminggu lebih jugak.. tapi bukan H1N1 tau… sekadar batuk dan selsema je.. mungkin disebabkan kurang minum air dan terdedah kepada pencemaran udara dan mungkin juga pertukaran cuaca dari sejuk ke panas yang tinggi ketika itu di negara kita. Yang penting sebelum ke sana sejak dari Disember lg kami telah pun mengambil langkah berjaga – jaga untuk ke luar negara.
Dan yang terbaru, pada minggu lepas aku membawa anak-anak berjalan ke Kompleks Pasir Gudang untuk melihat Karnival autoshow.. kalu x silap.. bukan nak tengok apa, nak tangok kereta pertonas Mercedes F1 je.. jadi la.. nak tengok betul2 tak dapat, tengok replica pun jadi lah..
Oklah .. itu saja utk kali ni.. jumpa lagi.. Daaaaaaa
Hi, salam kembali setelah sekian lama menyepi... :)
ReplyDeleteWaaa....seronok nampak dapat melancong ke China. Sya pun dari tahun lepas lagi teringin ke sana, tapi terpaksa dibatalkan kerana isteri baru je pregnant masa tu. So, ntah bila lagi nak dapat peluang ke sana. huhuhu
tadaaaaa...akhirnya keluar jugak cerita terbaru. nasib baik ingat jln nak gi blog ni. jln2 mmg seronok, tapi kdg2 keadaan tidak mengizinkan, kewangan, kesihatan, masa bla bla bla bla...
ReplyDeletep/s; lawa background, kdg2 perubahan mmg perlu utk manaikkan semangat kita sendiri...
Salam,
ReplyDeleteCikgu Chun,
Salam kembali juga..Insyaallah ada rezeki nnt dapat juga ke sana... wife da brp bulan pregnant?
kak Milla,
Jalan masih ingat lagi.. kih..kih..kih..kebetulan ada rezeki lbh sikit.. so dapat la .. lps ni ntah bila berpeluang dapat gi tpt2 cam tu..
p/s : yup... skrg ni pun sdg cuba membuat perubahan.. hrp2 berjaya. background cantik?.. hehehe... terima kasih ye..:)
Kak Nora,
ReplyDeleteWife saya dah keguguran semasa umur 10 minggu...betul2 semasa hari pertama cuti persekolahan bulan Nov tahun lepas.
Salam,
ReplyDeleteCikgu Chun,
Harap belum terlambat nak ucap takziah atas kejadian yg menimpa..insyaallah, ada rezekinya nanti..
Kak Nora,
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan....