Dikala semua orang sibuk menceritakan perihal Hari Ibu... jangan kita lupa dengan pasangan hidupnya iaitu bapa kita..
hari ini 9 mei 2009, genap umur ayah saya 60 tahun. dilahirkan pada 9 mei 1949..Seorang bapa yang penyayang...Pendiam dan tak garang tetapi tegas.Dia tak pernah memarahi kami apatah lagi memegang rotan.. jauh sekali.. seumur hidupku ini hanya sekali aku pernah merasa tapak tangannya.... itu pun hanya kerana membantah cakap mak... maklumlah masa kecil..seorang yang nakal juga..
Walaubagaimanapun, Encik ( panggilannya) , Nora ucapkan Selamat menyambut Hari Ulangtahun ke 60.. Moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan dan kegembiraan selalu..
Dan Mak, ratu hatiku tentunya, Selamat Hari Ibu,... tak tahu nak tulis apa, nanti nak nangis lak..Kasihmu tetap ku kenang hingga ke akhir hayatku... Maafkanlah diriku ini.....salah dan silap mohon diampuni.. sesungguhnya Surga Dibawah Tapak Kaki Ibu...
Ibu, Ibu,
Engkaulah Ratu Hatiku,
Bila Ku Berduka,
Engkau Hiburkan Selalu,
Ibu, Ibu,
Engkaulah Ratu Hatiku....
p/s: Jab lagi orang tipon mak ye.....
Menghitung hari....
ReplyDelete(lambatnya cuti sekolah?????)
Hargai lah ibu dan bapa kita selagi mereka masih ada. Saya dah tak ada ibu... so, saya tumpang gembira tengok mereka yg masih mempunyai ibu.
ReplyDelete