Thursday, May 7, 2009

Imbas kembali

Ni kesinambungan dari post yang lalu. Sejak terjumpa web sekolah , terus terbayang-bayang dimata wajah teman- teman sekelas yang da terputus hubungan selepas habis SPM. So, aku pun membuka album lama mencari kalau ada gambar-gambar mereka..akhirnya jumpa gak...Tapi form 5 Darul Falah je yang ada... Form 4 punya tah dimana...







Ni Gambar Kelas 5 Darul Falah (1992) bersama Sir C. Senevasen.. Kalau tak silap aku, dia dah bersara da la ni.. dulu dia ajar aku Modern Math.Semua kawan-kawan sekelas ada dalam gambar ni kecuali Zunaida Yusof... kat mana Ida sekarang?..



Ni gambar kami di Taman Bacaan SMBM.. semua classmate aku ada kat sini... Sungguh Ceria sekali... I miss You All My Friends.... bila kita dapat berjumpa ye..



Ni kami di hadapan Bangunan Pusat Sumber sekolah bersama En.Ramlan Rawi. Beliau merupakan guru bagi subjek Kimia kami.. Orangnya tegas tapi ada masanya boleh bergurau...Assalamualaikum Cikgu...

Yang aku tak lost contact cuma sorang je iaitu Norrita Talib.. tu pun sebab dia berkahwin dengan orang blok aku merangkap sedara jauh ( bau-bau bacang je).So,time raya tu kekadang jumpa la gak.. Lagipun dia sekarang duduk satu daerah ngan aku kat pasir gudang ni.. Taman je lain-lain..Azie ( Aziah) sekarang ni bekerja kat HSA..bahagian kaji darah.. tu pun kalau lom pindah. last aku contact dia dulu.. dia ade ckp husband dia kene kursus kat perak..tapi walaubagaimanapun family mertua dia kat Tiram je.. Tapi Azie, Nora minta maaf ye.. sbb no. azie da hilang sbb simkad nora yg lama rosak.. trus kita lost contact..Jannah ( Norjannah) skrg da mengajar kat SK seri Saujana Kota Tinggi, dan Afiz ( Afizah ) kat SMK Bandar Mas.. tu je yang aku tau...yang lain-lain tah dimana.....

kalau kawan-kawan ada terbaca blog ni sudi-sudikanlah contact saya... Seronok rasanya kalau dapat jumpa kalian semula..

3 comments:

  1. wah2..ni yg iez scan ni smlam hehe

    ReplyDelete
  2. wah wah wah.....cari geng erk. nama budak tu seakan2 akaklah...sape tu? dia kawin dgn sapa lak yg bau2 bacang ni ...(blur betul aku ni)

    p/s: cikgu ramlan tu masih ada kat situ ke? bila lah sekolah kita tu nak buat alumni kan? rindu kat kwn2...

    ReplyDelete
  3. hee..hee. mu da lupa ke dengan teman seblok mu tu.. ala anak pak hassan tu..

    ReplyDelete