Wednesday, October 13, 2010

Jalan -Jalan Dan Ziarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kesinambungan dari posting yang lalu,alhamdulillah putera kedua ku pulih dari keracunan makanan.. malangnya seminggu selepas itu, yang bongsu pulak terkena jangkitan.. aduhai.. tak tau nak cakap macamana.. nasib baik dah standby ubat tahan muntah dan sakit perut serta air garam awal2 lagi.. jadi senang sikit nak merawatnya..Dan sekarang alhamdulillah mereka sihat seperti sedia kala.

Minggu ke-2 aidilfitri, kami sekeluarga ke Kuala Lumpur untuk majlis pertunangan adik bongsuku. Lama sungguh tak ke sana, dan dapat ku lihat perubahan demi perubahan yg berlaku... Dan anak-anak sudah mula menyusun program mereka sendiri.. Nak ke sana ke sini.. tapi apa kan daya dengan masa yang begitu singkat, kami hanya membawa anak-anak ke KLCC sahaja... ok la tu, hanya seketika sahaja di Taman Suria hujan turun pula..hihihi.. jadi untuk tidak menghampakan mereka kami jalan2 sebentar dan terus beli tiket untuk masuk ke Petrosains... sungguh gembira sekali mereka.. iyalah pertama kali dapat masuk ke taman sains tu.. mmg menarik.. macam2 ada, dan macam- macam pengetahuan serta permainan yang mereka cuba.. Dan dalam perjalanan balik kami melalui Terowong Smart untuk keluar terus ke lebuhraya PLUS dan pulang ke Johor. Selama ini kami cuma lihat di televisyen sahaja tapi pada hari itu kami melaluinya...



kemudian, pada hari berikutnya aku menghadiri majlis rumah terbuka kawan baik baik aku di kota tinggi pulak.. dan dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang dah 17 tahun tak jumpa.. mmg seronok...entah bila dapat jumpa lagi...jumpa dialam maya saja yang boleh.. kan..

Hari minggu berikutnya, kami berjalan lagi. hehehe.. kali ini ke Simpang Renggam mengikuti suami serta rakannya .. macam aku juga ..bila berjumpa dengan kawan2 lama, pastinya banyak cerita-cerita lama yg keluar.. dan bergema gelak tawa mereka. Malah aku juga dapat berkenalan dengan mereka. Alangkah bertuahnya. Dan anak-anak dapat kawan baru lagi.

Dan pada hari minggu yg lepas ni, kami ke Kuala Lumpur lagi.. jom kita layan gambar je la.. tak de idea la nak tulis..


Daaaa... jumpa lagi ye...

No comments:

Post a Comment