Sunday, January 30, 2011

Ceritaku Lagi

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia... hehehe..

Agak lama tak wat cerita kan.. Maklumlah masa memang mencemburui.. kadang-kadang ada masa tapi idea yang tak muncul-muncul pulak.
Ayuh.. saya nak cerita beberapa aktiviti yang saya dan keluarga sertai sepanjang Hujung tahun lepas dan awal tahun ni. Ada beberapa aktiviti santai sekeluarga bersama rakan-rakan dan keluarga mereka. Walaupun tak la lama cuma sehari dua aje, tetapi rasanya ianya memberikan satu kepuasan dan kegembiraan buat anak-anak. Jelas terbayang diwajah mereka.
Bulan Disember lalu, kami menyertai aktiviti di Bayu Beach Resort,Punggai, Kota Tinggi. Sekadar aktiviti hujung minggu bersama rakan-rakan. Pada malam kami sampai, tak banyak aktiviti, cuma secara kebetulan hari itu, genap umur putera kedua kami, jadi kami buat perancangan menyambut parti harijadinya di situ bersama-sama dengan rakan-rakan yang mempunyai tarikh yg berdekatan. Semuanya tiga putera dan tiga puteri la yang menyambutnya.Just a suprise party utk mereka.



Selain dari itu,cuma makan-makan dan berbual-bual sahaja.Keesokkannya, sukaneka untuk anak-anak dan ibubapa pula.Fuhh!!..klu nak diceritakan mmg tak tercerita, jadi saya uploadlah sedikit gambar aktiviti pada hari tu utk tatapan anda semua.



ok lah... akan bersambung lagi.. tunggu ye...:}

No comments:

Post a Comment