Friday, December 12, 2008

Anak-anak dan pergerakan mereka

Anak-anak Dan Pergerakan Mereka

Hari ini saya terpanggil untuk menitipkan artikel untuk pengetahuan semua…

Persoalannya…….. Apakah tiada lagi keselamatan bagi diri dan harta benda kita didalam kehidupan kita seharian……???
Apa yang kita perlu buat sekiranya harta benda milik kita diambil oleh orang lain tanpa kebenaran…. Ringkasannya kita mengalami kecurian.. walaupun ianya tak semahal mana tapi bagi kita yang taraf kehidupan sederhana dan hidup di bandar,,, ini pada saya merupakan sesuatu yang amat menyedihkan…..kerana kita mengajar anak-anak kita supaya berjimat cermat, menjaga sesuatu yang ibubapa beri dengan baik tetapi orang lain dengan senang lenang mengambilnya tanpa izin..
Inilah yang terjadi pada saya pada hari ini… Oleh kerana kami bekerja ,dan anak-anak tiada di rumah, dua buah basikal milik anak-anak yang telah dikunci dan dirantai , dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab… Saya pun tak terfikir bagaimana basikal yang dirantai boleh mereka buka bahagiannya dan hanya tinggalkan 2 biji tayar dari basikal yang berlainan yang tidak boleh dibuka rantainya…itulah yang tinggal semasa saya balik dari kerja tadi…
Cuba anda fikir bagaimanakah mereka membuka bahagian-bahagian basikal itu..
Munasabahkah sekiranya yang membukanya itu anak-anak dibawah 12 tahun ( basikal itu adalah untuk saiz anak-anak remaja).. yang peliknya tiada tertinggal walau satu skru basikal pun di situ..aneh kan..bilamasakah mereka membuka basikal itu..??? itu yang menjadi persoalan bagi saya..
Sebagai ibubapa.. yang mempunyai anak-anak yang meningkat remaja .. selalunya apakah yang patut kita lakukan? Patutkah kita memantau segala pergerakan dan perlakuan mereka seharian? Contohnya….. sekiranya anak-anak membawa balik sesuatu yang bukan didapati dari kita ( bukan kita yang beli @ beri)… apa yang patut kita buat… adakah kita patut merasa bangga kerana anak-anak kita pandai mencari keperluan sendiri ataupun kita merasa risau sekiranya anak-anak kita telah membuat sesuatu yang terlarang……
Saya tahu kejadian seperti ini bukan hanya berlaku di Bandar malahan di kamping-kampung dan felda. Kita sentiasa hidup dalam ketakutan dan kerisauan….
Kehilangan harta benda dan kejadian pecah rumah semakin menjadi-jadi….
Wajarkah kita menyimpan semua barangan didalam rumah ketika hendak keluar kemudian mengeluarkannya setelah kembali semula….. fikirkanlah…
Sebagai ibubapa penjaga ketahui dan ambil berat segala perlakuan anak-anak kita.
Jangan hanya didepan kita mereka umpama pijak semut pun tak mati….tetapi dibelakang kita sebaliknya….

Mat Rempit

Mat Rempit………

Definasinya ialah remaja atau belia yang menunggang motosikal tanpa topi keledar.
Mereka juga menjadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan. Tak kiralah jalan tu jalan persekutuan ke , jalan bandaran ke mahupun jalan kampung..
Mengapa mereka jadi begini ?... Adakah kerana perubahan zaman?... Tak mungkin.. kerana dari zaman saya remaja dulu dah ada Mat Rempit… Cuma gelaran saja yang berubah. Dulu tak digelar mat rempit…
Sebagai seorang yang bekerja luar pejabat dah tentunya, kita akan selalu jumpa telatah –telatah Mat Motor ni… ada yang pakai helmet ada yang tidak… ada yang masih remaja malahan ada dah belia pun.. ada yang menghormati pengguna jalan raya yang lain… banyak yang tidak…. Wajarkah kita salah kan orang tua mereka ?... pada saya langsung tak wajar… Kadang-kadang mak kita tu sampai tergigit lidah membebel.. tapi sebagai anak apa yang kita buat?........... ( Tanyalah diri sendiri)…. Yang pasti nya…Kita angkat kaki pastu cabut lari… betul tak? Sebagai seorang ibu saya juga mempunyai anak lelaki yang meningkat remaja…begitulah keadaannya…
Apa akan jadi kalau seorang ibu itu tidak membebel @ memarahi anak-anak? ( kebiasaanya memang ibu sahaja yang membebel…. Seorang bapa jarang sekali kita jumpa mereka membebel kalau adapun mungkin satu dalam 20 orang… itupun kalau ada).
Berbalik kepada mat rempit…dalam minggu ini saya ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat, saya menyaksikan satu kemalangan membabitkan mat motor… ( kita panggil la mat motor sebab waktu siang) . keadaannya pakai helmet tapi tak berikat , motor memang cantik, tapi sayang buat jalanraya macam sendiri punya .. tak hormat orang lain sekalipun pak cik tua..hasilnya jatuh terpelanting sebab bawak motor laju gila.. tak kira jalan lurus atau selekoh bahaya…. Haa.. padan muka… seingat sayalah .. hari tu tak de seorang pun yang berhenti tengok dia… begitu juga saya… memang kirim salam la..
Tapi.. saya nampak dia boleh bangun .. tu kira ok la tu.. Pengajarannya… Hormatilah orang lain.. tak kira di mana berada.. naik motor atau naik kereta…
Ambillah pengajaran dari cerita saya ni…

Wednesday, December 10, 2008

Today is my first try to be a blogger... Alhamdulillah.. I can do it !!
Yes . Anak felda Boleh!!!