Tuesday, July 14, 2009

Ikan Bakar &Nasi Lemak.

Malam semalam, aku mengikut suami ke Ayer keroh,Melaka atas urusan kerjanya. Oleh kerana dah malam dan dia hanya berseorangan , jadi aku decide ikut.. bukan apa..jadi teman bercakap je.. Sesudah usai urusannya, kami pun mencari tempat makan. "Kita makan ikan bakar la.. nak tak?" katanya. Aku pun iye je la.. he.. he.. perut pun memang da lapar .. dari petang lom makan.Jadi atas cadangan kawan dia, kami pun mencari satu tempat yang bernama Crystal Bay.Dikawasan Telok Mas kalau tak silap la .. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga la tempat . Iyenya macam medan selera jugak la dan kami sampai lebih kurang kul 11.00 malam.
Apa yang menarik perhatian aku kat sini ialah di gerai tempat kami makan tu menyajikan makan ala seafood tetapi dimakan bersama dengan nasi lemak.. Tu yang aku pelik tu... Kita yang tak biasa pada mulanya tertanya2 juga la.. kenapa mereka tak ambil order utk nasi hanya order utk lauk2 saja.. rupa2nya mmg gitu cara bisnes kat situ.. hai.. pelik sungguh. tapi cuma satu kedai je la kami pergi yang lain2 tak tau la pulak camna caranya. nak pusing2 dulu malas la pulak.. ari da malam, nak balik Pasir Gudang lagi..
Dah nama nasi lemak yang sememangnya kegemaran putera2 ku, habis 10 bungkus dikendurikan bersama ikan bakar, kerang rebus dan juga ketam sweet sour.Memang sedap, sebab ikan dan ketam masih segar lagi.
Dan sesudah makan kami bergerak pulang dan sampai lebih kurang pukul 3 pagi.

Friday, July 3, 2009

Stres

Apakah itu stres ? Kenapa ia terjadi? Bagaimana menanganinya? Samakah stres dengan ketegangan fikiran atau tension?

Punca Stres adalah berdasarkan faktor2 berikut:
* Sifat semulajadi.
* Ilmu dan pendidikan
* Suasana
* Tanggungjawab dan kerjaya
* Hubungan sesama manusia
* Keliru antara matlamat dan cita2
* Masalah Hubungan dengan Allah
* Gangguan Perasaan

Ini yang aku baca dari buku motivasi yang sememangnya menjadi antara buku kegemaranku.

Bagaimana pula dengan 'tension'?mungkin juga ia adalah benda yang sama cuma cara mengalaminya saja yang tak sama..... agaknya la. Sebab ari ni aku tension sesangat.Hmmm... tak tau la kenapa.. mungkin sebab tak sihat kot, jadi perasaan pun bercampur aduk..nak menjerit dalam rumah, nanti terperanjat pulak anak-anak. kih.. kih.. kih... ni je la tempat aku luahkan rasa ketensionan aku ni..... boleh ke?...

Cara yang selalu aku buat utk release tension, selain mengaji.. ni la.. duduk depan pc, bukak sinar fm.. dengar lagu retro,surfing internet bukak facebook aku.... baca komen2 diorang... mmg boleh release punya... tak pun cari komik ujang dan Apo anak2 punya.. then baca n gelak sorang2... kat umah tak pe, kat luar jgn... nanti org kata kita gila pulak.. hi..hi..hi..

Wednesday, June 10, 2009

Pulau Langkawi








Saja nak berkongsi pengalaman dan keseronokan pergi bercuti.... Dari 9/6 - 12/6, sempena cuti sekolah, kami pergi bercuti ke Langkawi... Sebelum ni cuma dengar dan baca tapi kini aku dapat menjejakkan kaki ke tanah kelahiran Mahsuri.Menaiki penerbangan MAS Airlines dari Senai ke KL dan kemudian ke Langkawi dan tiba lebih kurang pukul 12 suku tengahari.. Hari pertama ni kami penuhkan masa dengan mencari tempat penginapan..Syarat dari anak2 nak yang tepi laut... nanti boleh mandi.Nasib baik, kereta sewa dah cari awal2,kami sampai kat airport je kereta dah tunggu, jadi perjalanan kami lebih mudah.Penginapan kami di Sunset Resort di kawasan Pantai Cenang dan dekat dengan Underwater World, so itulah tempat pertama yang kami lawati... suka sakan anak2.Kemudian kami teruskan perjalanan ke Dataran Lang. Berpandukan peta juga GPS, kira cepat la juga sampai..tapi kekadang berpusing juga.Sebenarnya kat Kawasan dataran tu banyak tempat yang boleh kita tgk dan juga shopping..hi..hi..hi..., tapi oleh kerana hari dah hampir malam dan kami pun kepenatan so, kami hanya tgk burung Lang besar je la...tak sempat pun nak shopping.. nanti nak pujuk abang pi sana semula kalau sempat la.Malam baru study peta untuk esok punya program.




Hari ke-2(10/6)..hari ni kami mulakan dengan menaiki kereta kabel. ke puncak gunung Machincang.. sayup je bila tgk bawah,,ngeri pun ada tapi best sbb dapat tgk laut dan kawasan sekitar dari atas.akhirnya sampai juga aku kat atas puncak tu dan dapat naik jambatan gantung. mmg best walaupun penat dan panas.Seterusnya kami ke air terjun Telaga Tujuh. kami sangkakan ianya mcm kat Johor tapi rupanya kami kena mendaki terlebih dahulu.tinggi pulak tu, rasanya kalau bangunan 8 tingkat pun masih kurang tinggi.. mmg mencabar kesabaran dan menduga mental dan emosi.walaupun suasananya tak seperti yang diharapkan namun kami sampai jua. seterusnya kami teruskan perjalanan ke Kota Mahsuri pula.Menziarahi makam mahsuri dan melawati tapak bekas kediaman keluarganya. Selepas tu kami ke Beras Terbakar sambil shopping skali la.Haa... lepas tu anak2 menuntut janji nak mandi laut...tak berhenti bercakap si bongsu pujuk kami ajak mandi..





Hari ke-tiga( 11/6) - Penangan Telaga Tujuh..... akibatnya hari ni, mood utk berjalan2 tinggal 60% je... sakit kaki la pulak..jadi hari ni cuma pergi Tanjung Rhu bersiar2, mengelilingi pulau dan melihat Gua Buaya dengan menaiki Bot. Lebih kurang 2 jam juga la kat atas air tu . tapi mmg seronok pastu ke Bird Paradise ( Taman Burung)dan Taman Hidupan Liar. kat sini lama la sikit, sbb tptnya agak besar dan kita dibenarkan bermain dengan haiwan yang terdapat di sana, jadi anak2 leka. Aku pun leka gak melihat batu2 kristal dan mutiara yang dipamerkan serta dijual kat situ..cantik2..sempat membeli skali... hi..hi..hi...bila lagi ye tak? ,Perkampungan Air Hangat tapi tempat ni dalam pengubahsuaian, jadi tak de apa2 yang menarik dan dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan kami singgah ke sebuah warung di tepi laut dan menikmati Cendol Pulut dan Laksa Power. Cukup enak.Selepas tu apalagi..anak2 ajak mandi laut la.....
Malam kami keluar makan dan lihat suasana malam di kawasan Pantai Cenang. meriah...penuh dengan lampu berwarna warni. mmg cantik.

Hari keempat(12/6)- Hari terakhir kami kat sini... bersiap dan berkemas untuk pulang. kami naik flight tengahari. SELAMAT TINGGAL PULAU LANGKAWI. PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI! dan dari KLIA flight malam. Sampai LTAS kul 8 lebih sampai sampai di rumah lebih kurang kul 10 mlm.
Tamat sudah waktu bercuti. Minggu depan da start kerja...