Saturday, February 5, 2011

Gong Xi Fa Cai

Hai... salam sejahtera semua. Gong Xi Fa Cai juga diucapkan kepada kaum Cina yg menyambut tahun baru..Selamat menyambut tahun arnab. Sebenarnya, aku pun dilahirkan dalam tahun arnab gak. Cuti yang panjang ni mesti telah diisi dengan rancangan untuk bercuti kan.
Bagiku cuti ni tak ada apa yang menarik.. tak kemana-mana pun, selain balik kampung ziarah kedua ibu bapa.. Dan kala saya wat entry ini, pastinya saya dah sampai ke rumah kembali... hehehe..Bukan tak nak ke mana-mana.. cuma esok, sabtu, bagi mereka yang bersekolah agama di negeri Johor,esok merupakan hari persekolahan bagi pelajar yg menduduki Darjah Khas( peringkat terakhir dalam Pendidikan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor). Jadi tak boleh cuti lama-lama dan jauh-jauh. Lain kali je la kita planning... baru naik sekolah jgn asyik cuti je. Pesan saya kepada anak-anak.
Untuk tidak menghampakan mereka, kami tunaikan juga permintaan mereka nak menonton wayang. Cerita Green Honnet 3D kat Today's Mall Ulu Tiram.Oleh kerana masa tayangan lambat lagi, terpaksa lah kami tunggu dekat satu jam setengah. Klu dah keluar dari todays tu mmg tak akan masuk semula.Selama dua jam masa tayangan, mmg best la. cerita kelakar, budak-budak mmg suka.. Haaaa.. keluar dari panggung je... mereka mula menceritakan balik apa yg ditonton..Seronok kan tengok mereka bercerita sesama mereka beserta gaya lakonan.. hahaha... kelakar.. tapi puas.
Tu lom campur lagi wayang di rumah cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mmg 'sampai muntah' diorang ulang tonton., sampai boleh hafal skrip. Hmmm.... penangan wayang la gaknya.Esok abis la tempoh tayangan kat umah.. Pasni aku ckp .." ibu nak order khurafat lak lps ni".. hahaha.. msg2 dah kecut perut. tapi mmg aku akan buat . Nak tgk kat panggung takut.. bunyi kuat sangat.. klu kat umah leh perlahankan suara televisyen.. hihihihi.. plan baik punya. tapi entah bila.. kena tunggu dia keluar kat astro first la ...
Ok la.. tu je la cerita kali ni.. Jumpa lagi di lain masa..Selamat Bercuti.

No comments:

Post a Comment