Sunday, January 30, 2011

2nd Trip To Jojo Rakit

Hai.. kita berjumpa lagi. Kali ni saya nak sambung cerita di entri sebelum ni.. cuba lihat coretan kat bawah tu...
Selepas aktiviti di Punggai tu, kami mulai sibuk dengan persediaan persekolahan anak-anak, sehingga penggal persekolahan tahun ini bermula. Dua minggu pertama persekolahan pastinya banyak hal yang perlu diuruskan. Bermula dengan pendaftaran, bayaran yuran, pembelian buku..hmmmm.... amat memenatkan. Sehingga , suatu hari kami mendapat panggilan dari rakan yang mengajak kami memancing di rakit pada hujung minggu. Jemputan dari bekas rakan sekolah suami.jadi, kami akan ke Jojo Rakit lagi.
Bila anak-anak mendengar yang kami nak pergi memancing, apalagi, bersorak riang la mereka. Masing-masing sibuk mencari joran pancing, siap ajak kami ke kedai alatan memancing lagi, nak tambah aksesori.. hihihi... kelakar pun ada... seronok pun ada tgk keletah mereka. Iyalah, klu ikutkan ini kali kedua kami akan ke sana.Sudah terbayang keseronokan yang ada.
Ketika hari yang dinanti tiba, aku diserang demam selsema pula. Aduhai..... takkan nak batalkan pulak. Kasihan pulak kat anak-anak yang dah beria-ia sangat nak pergi.. "tak pe lah, kita pergi je " kataku. Jadi, orang lain pergi memancing berbekalkan umpan dan joran tapi aku pulak berbekalkan ubat-ubatan...kelakar juga bila difikirkan semula. Takut demam melarat, aku pun rajin2 mkn ubat yg aku bawa tu...alhamdulillah..segalanya berjalan lancar sampai hari kami pulang tengahari esoknya. Boleh la aku memandu kereta pulang ke Pasir Gudang. Sbb sampai je rumah, mandi dan kemas baju, aku keluar balik hantar putera kedua pulang ke asrama..
Namun,agaknya cuaca berubah la kot, mlm tu demam aku kembali semula... agak teruk juga la.Kena angin laut gaknya.. kali ni mmg betul lengkap, demam batuk dan selsema sekaligus... huaaaaaaaaaa... mana nak digayakan.. nasib baik suami dan anak-anak2 memahami. Hasilnya seminggu aku tak masuk opis. macam mana nak masuk klu batuk dan bersin tak henti-henti. Badan plak seram sejuk je..nak bawak kereta pun tak konfiden.Sehingga saat aku tulis coretan ni, batuk dan selsema masih lom baik tapi lebih baik dari semalam la....ubat pun dah 3 kali amik.. ( boleh ke tulis ayat cam tu ).. cuma mlm je la aku mkn ubat.. sbb siang nak gi keje la. .. hehehe..( mlm ni?.. lom mkn lagi.. jab lagi ).
Ok la.... sampai kat sini dulu.... Coretan yg lain akan menyusul.. silalah menjamu mata dgn sedikit gambar2 kami di Jojo Rakit..







No comments:

Post a Comment

Post a Comment