Wednesday, May 27, 2009

Birthday Boy



Hari ni genap umurnya 8 tahun.....Selamat Hari Lahir, Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, menjadi anak yang baik budi pekerti serta mentaati suruhan-Nya, juga taat pada ayah dan ibu dan hormat pada abang2 teman gaduh mu....
Awal pagi lagi dah tanya.. "hari ni ibu nak beli kek birthday adik yang macammana.....?"
Insyaallah , nanti ibu belikan yang special untuk birthday boy ibu ye...Suprise!!!

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru


"Guru Pembina Negara Bangsa"

Selamat Hari Guru ku tujukan kepada semua warga pendidik, rakan-rakan serta bekas guru-guru yang pernah mengajar diri ini satu masa dahulu.
Jasamu Ku Kenang.....
Terima Kasih...Cikgu.

Wednesday, May 13, 2009

Peperiksaan

Minggu ini, bermula minggu peperiksaan bagi semester pertama buat pelajar sekolah.. buat anakku yang kecil ia telah pun bermula di peringkat sekolah agama dan yang sulung pun dah bermula di sekolah menengah.Manakala sekolah kebangsaan pula serentak diadakan pada hari selasa minggu hadapan... so, Selamat Menghadapi Peperiksaan dan Semoga Dapat Menjawab soalan dengan tenang dan yakin.
...For my kids, Get your target, ibu and ayah have suprise for you all....Insyaallah.
Untuk semua ibubapa, marilah kita sama-sama memberi sokongan serta mendoakan kejayaan anak-anak kita.

Tuesday, May 12, 2009

Kejutan sempena Hari Ibu..

Sambutan Hari Ibu baru berlalu.Cuma Tahun ni aku dapat satu kejutan yang rasanya tak pernah dapat sepanjang 12 tahun menjadi ibu... ianya pun tak ku minta... jadi aku amat berterima kasih pada suami dan anak-anak diatas apa yang telah mereka buat tempohari..
Buat suami tersayang, terima kasih kerana memahami dan menerima daku seadanya, dan buat anak2 yang dikasihi ... terima kasih. Ibu sayang kalian semua..



Kad ni hasil kreativiti anakku yang bongsu, Adik... Thanks,

Kek Mother's Day... Dah potong kek.. Bunga cantik atas kek pun da kena makan...








Anak manja tengah mkn kek... Sebenarnya kek adalah makanan kegemarannya...

Walaubagaimanapun, terima kasih semua...Ibu sayang kalian ........

Saturday, May 9, 2009

Ibu dan Bapa

Dikala semua orang sibuk menceritakan perihal Hari Ibu... jangan kita lupa dengan pasangan hidupnya iaitu bapa kita..

hari ini 9 mei 2009, genap umur ayah saya 60 tahun. dilahirkan pada 9 mei 1949..Seorang bapa yang penyayang...Pendiam dan tak garang tetapi tegas.Dia tak pernah memarahi kami apatah lagi memegang rotan.. jauh sekali.. seumur hidupku ini hanya sekali aku pernah merasa tapak tangannya.... itu pun hanya kerana membantah cakap mak... maklumlah masa kecil..seorang yang nakal juga..

Walaubagaimanapun, Encik ( panggilannya) , Nora ucapkan Selamat menyambut Hari Ulangtahun ke 60.. Moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan dan kegembiraan selalu..


Dan Mak, ratu hatiku tentunya, Selamat Hari Ibu,... tak tahu nak tulis apa, nanti nak nangis lak..Kasihmu tetap ku kenang hingga ke akhir hayatku... Maafkanlah diriku ini.....salah dan silap mohon diampuni.. sesungguhnya Surga Dibawah Tapak Kaki Ibu...

Ibu, Ibu,
Engkaulah Ratu Hatiku,
Bila Ku Berduka,
Engkau Hiburkan Selalu,
Ibu, Ibu,
Engkaulah Ratu Hatiku....

p/s: Jab lagi orang tipon mak ye.....

Thursday, May 7, 2009

Imbas kembali

Ni kesinambungan dari post yang lalu. Sejak terjumpa web sekolah , terus terbayang-bayang dimata wajah teman- teman sekelas yang da terputus hubungan selepas habis SPM. So, aku pun membuka album lama mencari kalau ada gambar-gambar mereka..akhirnya jumpa gak...Tapi form 5 Darul Falah je yang ada... Form 4 punya tah dimana...







Ni Gambar Kelas 5 Darul Falah (1992) bersama Sir C. Senevasen.. Kalau tak silap aku, dia dah bersara da la ni.. dulu dia ajar aku Modern Math.Semua kawan-kawan sekelas ada dalam gambar ni kecuali Zunaida Yusof... kat mana Ida sekarang?..



Ni gambar kami di Taman Bacaan SMBM.. semua classmate aku ada kat sini... Sungguh Ceria sekali... I miss You All My Friends.... bila kita dapat berjumpa ye..



Ni kami di hadapan Bangunan Pusat Sumber sekolah bersama En.Ramlan Rawi. Beliau merupakan guru bagi subjek Kimia kami.. Orangnya tegas tapi ada masanya boleh bergurau...Assalamualaikum Cikgu...

Yang aku tak lost contact cuma sorang je iaitu Norrita Talib.. tu pun sebab dia berkahwin dengan orang blok aku merangkap sedara jauh ( bau-bau bacang je).So,time raya tu kekadang jumpa la gak.. Lagipun dia sekarang duduk satu daerah ngan aku kat pasir gudang ni.. Taman je lain-lain..Azie ( Aziah) sekarang ni bekerja kat HSA..bahagian kaji darah.. tu pun kalau lom pindah. last aku contact dia dulu.. dia ade ckp husband dia kene kursus kat perak..tapi walaubagaimanapun family mertua dia kat Tiram je.. Tapi Azie, Nora minta maaf ye.. sbb no. azie da hilang sbb simkad nora yg lama rosak.. trus kita lost contact..Jannah ( Norjannah) skrg da mengajar kat SK seri Saujana Kota Tinggi, dan Afiz ( Afizah ) kat SMK Bandar Mas.. tu je yang aku tau...yang lain-lain tah dimana.....

kalau kawan-kawan ada terbaca blog ni sudi-sudikanlah contact saya... Seronok rasanya kalau dapat jumpa kalian semula..

Tuesday, May 5, 2009

Sekolah



SMK Bandar Mas..... ni adalah tempat aku belajar peringkat menengah dari tahun 1988 - 1992. masa melayari internet tadi terjumpa lak website sekolah lama aku ni... terus teringat kenangan lama... rindu rasanya... ngan kawan2, cikgu dan suasana sekolah...pengetua dia sekarang ni adalah cikgu displin aku dulu..Tahniah Pn. Sarilah... Cikgu ingat saya tak? cikgu2 lama dah tak ramai.. Tapi cikgu Hamdan, Cikgu Azmi still mengajar kat sana lagi..Kawan rapat aku dulu( duduk sebelah masa form 4 darul falah & 5 Darul Falah pun mengajar kat situ... hai Afizah..

Kalau kawan-kawan lama yang terjumpa blog aku ni.. contact me please.. especially classmate 4 & 5 Darul Falah ( 1991 - 1992)... rindu sangat kat korang...

Saturday, May 2, 2009

Sambung kerja

Salam...Selamat memulakan kerja utk semua..

Tamat da cuti.. kena sambung balik tugas2 yang terhenti Khamis lalu... For my staff.. kerja betul- betul haaaa... Jgn kerana ari ni bos tak de, boleh curi tulang... Bos nampak tau.. hi...hi...hi...

Walaubagaimanapun ari ni aku sambung cuti... Nak balik Kota Tinggi.. umah mak mertua ada wat kenduri la...

Keje gak tu....

Friday, May 1, 2009

Hari Pekerja

Selamat Menyambut Hari Pekerja buat semua pekerja yang ada kat Malaysia juga serata dunia.. Bagi yang bercuti, manfaatkanlah cuti anda, bagi yang tidak bercuti ingatlah sesungguhnya melakukan pekerjaan itu adalah satu ibadah...

Happy Labour Day 2009