Thursday, May 26, 2011

Belajar Mandarin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera... lama kan tak update blog ni..bersawang sudah.. hihihi.. sibuk pun ye. tak de idea pun ye.. sebenarnya idea tu ada tapi idea nak mengolah ayat tu yang tak de... aduhai..

oklah.. kali ni nak cerita pasal bahasa mandarin je sikit.. .. hahaha.., setelah hampir 6 bulan aku sekeluarga cuba menambah kemahiran berbahasa. akhirnya minggu lepas tamatlah jua pengajian ( ceewahh) kami, dalam mempelajari asas pertuturan dan kemahiran berbahasa Mandarin. Jadi sekarang walaupun belum mahir lagi.. sekurang-kurang kalau orang cakap mandarin aku dah boleh la faham .. hehehe.. seronok pulak rasanya..iyalah, mana tak nya kalau pergi kedai yg pemiliknya bercakap mandarin, aku boleh faham apa yang diorang cakap, sedangkan diorang tak tahu bahawa aku faham apa yang diorang cakap sesama diorang.. hehehe.. selalunya memang aku senyum sorang2 la..Terima kasih banyak aku ucapkan pada Lin Laoshi (cikgu Lin) yang bersabar ngan kerenah kami.. sekarang aku dah boleh cakap mandarin sikit- sikit bersama sebutan yang betul dan faham maknanya sekali seperti da jia hao, ni hao ma, lai chi fan, laoban, laoban niang, ni jiao shenme ming zi, zai na li dan banyak lagi lah... tak tertulis rasanya.. dan aku masih lagi belajar walaupun kelas bersama laoshi dah habis.


hmm... ni la antara buku-buku rujukan kami.. ada lagi sebenarnya.. tapi cukup la yang ni je ye.. hehehe.. malas nak ambil gambar.

Mesti ramai yang tanya kenapa pulak belajar bahasa mandarin?.. Jawapan saya ialah sekadar menambah kemahiran berbahasa sejajar dengan keperluan semasa.. ok?

Rasanya sampai sini aje yang aku boleh taip.. idea dah hilang balik.. huhuhu.. bila idea datang aku sambung lagi.. jumpa lagi.. bye.. hui tou jian..:)

4 comments:

  1. good 4 u....pas ni jom kita bljr bhs japang lak hek....

    ReplyDelete
  2. boleh..boleh... mmg da ada plan pun.. buku pun da beli 2 buah.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Bahasa kunci ilmu.. :-)







    -------------------------------------------------------------
    PRU ke-13 Dan Pengkhianatan - Undi BN Undi HARAM. Pemimpin BN Pemimpin SETAN. Rakyat perlu bersedia dengan kehancuran dan kemusnahan generasi muda dan generasi baru
    >>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

    ReplyDelete
  4. aunty nora, lepas ni kita nak belajar dengan aunty nora lah, ehehehhehe, boleh kenekan ibu pulak, ahahahaha

    ReplyDelete