Friday, January 23, 2009

Assalamualaikum.... Lama dah tak masuk blog ni... maklumlah macam2 hal yang berlaku.. macam2 jugak yang nak diselesaikan. Salam sejahtera semua. Moga dengan kedatangan tahun yang baru dan akan muncul bulan kedua dalam tahun ini kita akan lebih matang , dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, keyakinan dan kejayaan dan kebahagiaan yang lebih baik didunia dan akhirat.. Insyaallah. Tak terlambat lagi kan...

Hari ni .. saya cuma nak berkongsi satu resepi pilihan keluarga saya. Marilah cuba...
Namanya Sate Goreng.


Bahan-bahannya:-

Daging
Kacang Tanah (Digoreng Dan Dikisar ¾ hancur)
Rempah Tumis
Bawang merah. Bawang putih, Halia ( dikisar halus)
Rempah kari daging
Lada kering ( dikisar)
Gula pasir ( 1 cawan bg setiap sekilo daging)
Serai ( dikisar halus)
Asam Keping ( dimayang halus)
Santan kelapa


Cara-caranya:

• Daging dipotong dadu , dibersihkan kemudian diperap bersama gula selama sekurang2nya 3 jam. Lagi lama lagi bagus ( Opsss… jangan la sampai seminggu pulak)

• Setelah cukup tempoh, daging yang telah diperap tu , di goreng separuh layu…. ( separuh masak).. dengan minyak yang sedikit sahaja..Kemudian asingkan sebentar.

• Panaskan kuali beserta minyak, tumiskan lada yang telah dikisar bersama rempah kari dalam nisbah 1 sudu lada : 1 sudu rempah kari : 1 kilo daging ( kuantiti ikut berapa kilo daging yang digunakan) dan rempah tumis ( yg ada kulit kayu manisdan rakan-rakannya) sampai naik bau.

• Masukkan pula bawang2 dan halia serta serai yang telah dikisar tadi. Kacau sebati bersama rempah2 yang ditumis tadi.

• Masukkan daging yang telah digoreng layu tadi ( sekiranya air gorengan tadi terlalu banyak, hanya ambil ¾ sahaja daripadanya. Kacau rata dan biarkan seketika. Masukkan garam secukup rasa..

• Masukkan santan kelapa . Biarkan mendidih dan santan agak kering sedikit.

• Masukkan Kacang tanah yang siap digoreng dan kisar tadi.. kacau rata. Masak menggunakan api yang kecil.. kacau selalu supaya masakan tidak berkerak atau hangus di sebelah bawah.

• Masak hingga campuran bahan tadi menjadi kering dan terbit minyak.Masukkan asam keping yang telah dimayang tadi..kacau rata. Biar seketika.

• Boleh lah dihidangkan dalam apa jua majlis….


………Selamat Mencuba……


Jangan lupa rebuslah ketupat Dan masak Kuah Lodeh ... memang sedap . Tak ada masakan lain pun tak pe..


Untuk akak tersayang, nanti kalau dah masak, makan utk kita sekali ye.... Hi...hi..hi..

Sate goreng..