Salam Ramadhan dan salam sejahtera. Lama tak update.Masa begitu mencemburui diri ni. Dari awal ramadhan hingga sekarang masih terkial-kial nak siapkan semua kerja. baik kat rumah mahupun pekerjaan semasa. Sampai tahap tak tahu nak wat yang mana dulu. Tapi tak de la sampai tak masuk blog, still macam biasa cuma idea pula yang tak de..entah la da jadi kebiasaan time driving time tu la idea datang mencurah2.Pastu bila duduk depan pc abis semuanya blur je...
Dalam pada itu, pada tgh malam hari sabtu yang lepas(5/9/2009),atuk perempuanku ( ibu kepada ayahku) telah pun kembali ke rahmatullah.. Al- fatihah untuk arwah.Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Insyaallah.Semoga Encik & mak tabah menghadapi segalanya.Redhakanlah pemergian arwah.Da pasti aku terperanjat, sbb petang tu aku da beli pampers untuknya dan kirim ngan adik, aku tak jadi balik sebab Putera kedua ku demam panas,akhirnya aku balik gak, dan sampai dalam kul 2.30 pagi. Aku sendiri masih terpandang2 lagi. maklum la. kekadang gaduh gak ngan arwah.Last jumpa arwah hari merdeka tempohari, masa nak jemput anak2 ku pulang , start naik sekolah.Al- fatihah.
Hari ni, putera sulungku, Muhd. zulfadhli, menyambut hari lahirnya yang ke 13 tahun. Selamat panjang umur dan murah rezeki dan semoga menjadi anak yang soleh serta taat pada Allah serta ibu dan ayah. Sekarang dah meningkat awal remaja, tapi belum dewasa.
Berfikir la dulu dan rujuk pada ibu, ayah atau guru sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan.
Inilah saja nukilan untuk hari ni, da tak de idea nak tulis, nanti sambung lagi. untuk rakan2 bloggers dan yang mengenali, Salam ramadhan.Masih belum terlambat lagi kan.. Daaaaaaa!
Kak Nora,
ReplyDelete1. Semoga tidak terlambat untuk mengucapkan takziah atas pemergian arwah atuk Kak Nora...
2. Kirimkan HAPPY BIRTHDAY kepada putera Kak Nora tu, Muhd. Zulfadhli. Semoga suksess selalu... (from blogger frenzzz)
3. Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada Kak Nora dan keluarga...
4. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin... :)
salam ramadhan kepadasemua generasi felda...semoga pertemuan di alam it ini akan dapat menambah informasi sesama kita.
ReplyDeletesalam takziah.
ReplyDeletetokey mmg selalu busy, busy2 tu jgn di lupa padaNYA wokeh....
utk Fadhli tu...SELAMAT HARI JADI YG KE 13, semoga menjadi anak yg soleh, berjasa pada keluarga, agama, bangsa & negara. Amin.
p/s: birthday ko 14 kan?
Cikgu Chun,
ReplyDeleteTerima kasih. Salam Ramadhan jua dan Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal tiba..Yang paling penting "Berhati-hati dijalan raya".:)
Gengsahabat,
ReplyDeleteSalam Ramadhan jua.
Kak Milla,
ReplyDeleteThanks coz sentiasa mengingatkan. doakanlah moga anak sedara mu tu boleh menjadi contoh yang baik kepada adik2nya yang lain tu.
& yup... lagi 4 ari je... he..he.. tye ni nak bagi birthday present ke. kih..kih..kih..