Friday, September 11, 2009

Demam Denggi

Salam Ramadhan. Sesungguhnya Ramadhan tahun ini memberikan banyak cabaran dan dugaan buat aku sekeluarga.Yang terbaru putera keduaku pula diserang demam denggi. Dari mana dia dapat aku pun tak tahu lah. Iya lah kan, sang vektornya merupakan unggas yang bebas berterbangan. Nak kata umah aku banyak pokok bunga? mmg jauh sekali, pasu bunga mmg ada tapi da terbalik la..aku sudah hilang minat tanam bunga sejak bberapa ekor kucing yang berkelahi memecahkan pasu bunga aku yang bunganya sdg cantik berkembang.

Ketika aku buat post ni, aku kat dalam wad hospital, bagi malam yang kedua.Kesian gak aku tengok, tiap 6 jam kena amik darah. air jgn cakap la, da masuk botol yang keempat, dicampur pula platelet ( kalau tak silap eja) dua kali. setakat ni tak kena masuk darah lagi,... entah sampai bila duduk kat wad ni aku pun tak tahu lagi..

tadi pun pegawai kesihatan soal aku mcm2..cuti pi mana, sebelum demam ada pergi kemana2, dan bermacam2 lagi....

yang sakit ni pun da risau, coz hari isnin ni ada ujian penilaian, takut tak dapat amik, puas aku pujuk ckp nnti ibu hantar surat doktor kat sekolah.baru dia diam. tapi mmg betul2 dugaan la..mungkin ada hikmah disebaliknya.

Petikan ni aku amik dari wikipedia yang aku baca setelah anak aku dapat demam yang tak disangka2. Mungkin boleh dikongsi bersama.


Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus)

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.


P/s : denggi tak de ubatnya,yang penting kena makan dan minum untuk mengembalikan tenaga.itu yang doktor dan nurse pesan kat aku, sepanjang dua hari aku kat sini..

4 comments:

  1. sabar jelah...dugaan di bulan ramadhan. mudah2an mimi cepat sembuh. kita memang berjaga2, tempat lain kita tak tau...

    untuk mimi tu, dengar cakap doktor tu, minum air & mkn, mak long doakan mimi cepat sembuh & boleh jumpa hari raya nanti.

    ReplyDelete
  2. Deman Denggi ada ubatnya! Cuba dapatkan pegaga seni. Org Kelantan panggil pegaga seni, org Johor sy tak pasti lah. Bentuknya sama macam pegaga biasa, tapi daun dan pokoknya kecik2 je. Cuba bland dan buat jus, then bagi minum. 1 hari pun dah boleh keluar wad! Dah ramai yg sembuh dengan pegaga seni ni. Dr pun tengah nak buat kajian mengenai pegaga ajaib ni. Ini adalah ubat org kg, bukan dari hospital. Dah banyak dah kes denggi yg teruk2 then bagi minum jus pegaga seni 1 hari je boleh sembuh. Sy pun tengah nak dapatkan benih pegaga tersebut drp sedara ni.

    ReplyDelete
  3. Cikgu chun,

    thanks for the info. saya pun baru dapat tahu dari kawan saya. pas ni nk pi cri pegaga lak.
    wat backup... tapi la ni lom kuar dari wad. harap2 hari ni dapat la potong nama...

    ReplyDelete
  4. Ada kes yg org kena demam denggi tahap kritikal dah, tapi lepas bagi minum jus pegaga tu, besoknya suhu badan terus turun dan boleh keluar wad. Pegaga yg biasa kita ulam tu sy tak pasti lah menjadi ke tak, yg sy cakap tu pegaga jenis kecik2 tu. Ya, harap2 cepat sembuh dan boleh keluar dari wad lah tu...

    ReplyDelete