Sunday, September 27, 2009

Saje je........

Salam Aidilfitri maaf zahir batin dan Selamat bertugas semula setelah lama bercuti...Rasa macam nak sambung cuti lak.. bila da lama cuti , rasa malas lak naik naik keje.. betul tak?.sebenarnya tak de apa2 yang menarik pun nak cerita kat sini, cuma satu topik yang agak hangat masa kini, rasanya hampir kebanyakan blog ada cerita ni..jalan jem.

Hari raya kedua, saya sekeluarga bertolak dari kota tinggi ke Tangkak...bernasib baik kerana kami mengguna E22 senai- Pgudang- desaru expressway..jadi tak lah menghadapi jem seperti orang lain sehingga memasuki highway PLUS..masa pergi tak lah jem walaupun pergerakannya agak perlahan untuk berbanding kelajuan pada hari2 biasa. Tapi kenderaan penuh la atas jalan.Cuaca ari tu pun tak elok, jadi bertambah perlahan lah pergerakan kenderaan.

Ni masa nak pergi..



Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi pula.... bertambah teruk pulak kesesakannya.. Lom pernah lagi ,Highway PLUS jem cam tu... kalau sesak pun biasanya kat plaza Tol je.. tapi kali ni sepanjang perjalanan hingga keluar Plaza Tol kulai sampai ke jalan biasa.. perjalanan yang biasanya ambil masa 3.5jam untuk sampai ke rumah orang tua sampai lebih lewat lagi ( dari 4.30 petang sampai rumah 10.00 malam)... berhenti untuk isi minyak je. ( stesen minyak pun sesak gak)..


Penat bergaduh sampai tertidur.. aman kejap dalam kereta.. hi..hi..hi..


sebenarnya yang nak dipertikaikan kat sini bukan sebab kesesakan tapi sikap pemandu kenderaan terutama kereta la.. ramai sangat yang potong kiri...tak kira plat nombot tu mula dari J,M,N,W,B,A,D,T..... malahan dari negara jiran pun ada.. masing-masing nak tunjuk bagus..maklum la keta mrk semua canggih dan laju, jadi ikut suka. Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya saya tak de jumpa walau satu pun kemalangan..tu yang rasa nak marah tu.Jalan sesak bukan sebab kemalangan tapi disebabkan oleh pemandu sendiri.Entah bila mereka 2 ni nak ada kesedaran, hormati pemandu kenderaan yang lain.Yang lain2 sebab tu fikir la sendiri..kalau masuk kat sini rasanya satu hari satu malam tak habis!!!!!!

Apa-apapun... salam aidilfitri maaf zahir dan batin.. Daaa....

6 comments:

  1. Hai, selamat hari raya. Nampaknya bukan akak sorang je yg masih dalam mood raya, semua org pun sama agaknya! Masih belum sempat sy nak post mengenai cerita jalan jem, nampaknya akak dulu yg post! hehehe. Situasinya sama je kat mana2 pun rasanya, semuanya sesak dengan kenderaan. Org Malaysia makin berduit kot, semuanya ada keta...kadang2 tu sampai 2,3 buah 1 umah.

    ReplyDelete
  2. Cikgu Chun,

    Salam Aidilfitri. Pada saya ada kereta lebih tu bukan sebab berduit tapi dah menjadi keperluan. Cuba bayangkan jika suami isteri bekerja dan berlainan tempat cam saya, pasti susah jika hanya ada satu saja.tapi ramai juga anak2 muda yang baru kerja membeli kereta sempena raya ni.Sekarang bayar muka kereta RM500 da boleh dapat sebiji kereta. baru lagi.. rasanya itu salah satu sebab kot. Lagi banyak kereta bukan lagi berduit lagi tak berduit adalah.. hi..hi..hi..Tapi yang pastinya raya tahun ni kita banyak raya dalam kereta la ye..

    ReplyDelete
  3. Wah cerita jem lagi....mana2 ada cerita jem. Memang sekarang ni kalau nak beli kereta senang sangat, murah jer bayar muka dia...tapi bulan2 bila nak bayar sakit kot!!!!

    p/s: abg long hang pun dah bercita2 nak cari kereta satu lagi....nak pergi tengok org dia kerja terpaksa berebut kereta dgn teman ni, last2 Naqib & Aisyah ponteng kelas fardhu ain....suka sangatlah!!!

    ReplyDelete
  4. Betul tu..keta mmg keperluan, sy yg dua2 dok tempat keja skali pun kadang2 terpaksa pinjam/numpang keta member jugak time nak kuar meeting coz masing2 kena ke tempat berlainan kan.. masalah skrg ni student universiti pun majoriti dah ada keta. Tu ygtak tahan tu...kita dulu jalan kaki je p kuliah.

    ReplyDelete
  5. Kak Milla,

    mmg elok bebenor la tambah lagi satu keta.. kalau tak seronok sakan la bebudak tu asyik ponteng kelas. Cari la yg beso sikit, nnt boleh den tumpang sekaki.. he..he..he..

    ReplyDelete
  6. Cikgu Chun,
    Itulah bezanya zaman dulu ngan sekarang. Kalau zaman akak skolah dulu jalan kaki sekarang anak2 naik keta @ bas sekolah. Pendek kata Zaman dah berubah, Dunia dah maju...

    ReplyDelete