Monday, August 10, 2009

Air Kelapa Muda


Salam semua. lama tak buat post baru.rumah maya ni pun jenguk kejap2 je..
Hari ni rasa terpanggil lak nak bagi pendapat pasal keadaan masa kini yang dah jadi igauan semua iaitu musim demam dan H1N1.

Tertarik dengan petikan dari akhbar Berita Harian hari ini oleh Dr Palaniappan, yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya "........Beliau berkata, sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.
Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Sebagai contoh, beliau berkata, mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak mengganggu ketahanan badan."


Kalau kita fikirkan balik , pada saya mmg ada betulnya sebab pernah tak terfikir, masa kita kecil2 dulu, kalau kita demam mak ayah kita akan beri kita minum air kelapa dahulu.Air kelapa muda yang di campur dengan seketul ibu garam( kalau tak de garam biasa pun tak pe) dan kita akan disuruh minum air sahaja..dan pantangnya ialah isinya tak boleh makan.saya pun tak tahu mengapa.Tapi seingat saya masa kecil dulu , saya mmg jarang makan ubat klinik.Dan sehingga kini saya masih lagi mempraktikkannya ( utk saya sendiri) namun rasanya yang payau, menyebabkan tak semua orang akan menyukainya.begitu juga dengan anak2 saya? Tapi mmg betul sebab kiranya kita rasa badan kita macam nak demam je , cepat2 la minum air kelapa muda yang dicampur dengan secubit/seketul garam.Jangan pula dicampur dengan ais ketul..dan Insyaallah rasa nak demam tu akan berkurangan @ pulih.
Selain itu air kelapa muda juga boleh diminum untuk menghilangkan rasa panas badan. Ini cuma pendapat saya berdasarkan pengalaman sahaja. terpulanglah kepada individu itu sendiri utk mempercayainya atau tidak. Wassalam.

2 comments:

  1. Satu petua yg baik. Kalau budak2 demam campak pun org tua akan beri minum air kelapa muda. Kalau keracunan pun sama, bagi minum air kelapa muda. Ini menunjukkan bahawa air kelapa muda sebenarnya adalah penawar. Sebab itu lah kita tidak boleh makan ubat selepas minum air kelapa muda kerana ubat tersebut akan hilang kesannya/ 'tawar'.

    Mengenai pencegahan H1N1 ni, sy baru dapat maklumat yang mengatakan bahawa dengan mengamalkan minum susu segar, buah2an dan jus buah2an akan menghindarkan kita daripada terkena H1N1. Ini adalah kajian oleh Hospital Ampuan Rahimah.

    ReplyDelete
  2. petua org2 lama ni mmg baik. akk tak ingat pulak kalau minum air kelapa muda tu kena bubuh garam? kalau tak bubuh garam takpe kot. tahle...semenjak dua menjak ni penyakit lupa teman ni makin menjadi2 lah pulak!

    ReplyDelete