Salam semua…
Dikala suasana kerja masa kini sudah pasti kita tidak terkecuali dari masalah, ketidakpuasan, cemburu sesama rakan sekerja , tidak puas hati dgn majikan atau penyelia, tidak boleh ditegur oleh rakan/ orang atasan dan macam2 lagi….
Apakah sikap positif dan negatif? Sikap positif adalah perangai atau kelakuan yang baik sesuai dengan nilai2 kehidupan kita seperti berdisiplin, bekerja keras, jujur, setia kawan, semangat kekeluargaan,menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan baik, bertoleransi, bersederhana, bertaqwa dan byk lagi. Manakala sikap negative pula adalah sikap seperti malas, mudah tersinggung, merasa paling berkuasa, terlalu emosi, suka memaksa , tiada disiplin,terlalu rendah diri,cemburu, boros dan tidak bertaqwa.
Bagaimana caranya kita hendak menanamkan sikap positif dalam diri kita dan menghindari sikap negatif dari menyelubungi kita selamanya yang pasti akan menjejaskan kualiti kerja kita juga memberi kesan terhadap kepentingan syarikat itu sendiri.Cara hindari sikap yang negatif antaranya:-
• Berfikiran terbuka dan melihat setiap masalah itu dari pelbagai sudut.
• Elakkan membanding-bandingkan diri kita dengan rakan2 sekerja.
• Hindari dari rasa takut gagal atau rendah diri dan elakkan juga dari berfikir terlalu kehadapan seperti kita mesti menjadi jawatan yang tinggi. Sebaiknya kenali diri dan kemampuan kita dahulu dan berusaha untuk berjaya.
Bagaimana menanam sikap positif dalam diri, antaranya :-
• Elak berfikiran negatif.
• Belajar untuk sentiasa tenang, lakukan sesuatu dengan yakin.
• Membentuk sikap dan penampilan diri yang positif
• Pertahankan sikap positif iaitu sentiasa berusaha, tidak mengeluh, kuat semangat dan sabar.
• Sentiasa bersyukur.
Kita akan dapat membezakan antara org yang mempunyai sikap positif dan yg mempunyai sikap negatif. Contohnya kita tidak akan merasa selesa jika bersama orang yang memiliki sikap yang negatif, sebaliknya sebaliknya orang yang bersikap positif kehadirannya akan ditunggu dan kita selesa bersama mereka.
Sebaiknya anggaplah diri kita ini, seorang yang belum cukup sempurna, yang memerlukan kita lebih berusaha untuk berjaya dan menjadikan rakan sekerja sebagai satu keluarga ditempat kerja agar kita lebih selesa dan ceria sewaktu bekerja..
p/s : Sebenarnya post kat atas ni buat ingatan untuk diri sendiri juga untuk teman2 yg ingin menjadikannya sebagai panduan. Marilah kita bersama2 menanamkan sikap positif dalam diri kita dalam apa jua keadaan dan suasana..
Sunday, October 11, 2009
Sunday, September 27, 2009
Saje je........
Salam Aidilfitri maaf zahir batin dan Selamat bertugas semula setelah lama bercuti...Rasa macam nak sambung cuti lak.. bila da lama cuti , rasa malas lak naik naik keje.. betul tak?.sebenarnya tak de apa2 yang menarik pun nak cerita kat sini, cuma satu topik yang agak hangat masa kini, rasanya hampir kebanyakan blog ada cerita ni..jalan jem.
Hari raya kedua, saya sekeluarga bertolak dari kota tinggi ke Tangkak...bernasib baik kerana kami mengguna E22 senai- Pgudang- desaru expressway..jadi tak lah menghadapi jem seperti orang lain sehingga memasuki highway PLUS..masa pergi tak lah jem walaupun pergerakannya agak perlahan untuk berbanding kelajuan pada hari2 biasa. Tapi kenderaan penuh la atas jalan.Cuaca ari tu pun tak elok, jadi bertambah perlahan lah pergerakan kenderaan.
Ni masa nak pergi..
Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi pula.... bertambah teruk pulak kesesakannya.. Lom pernah lagi ,Highway PLUS jem cam tu... kalau sesak pun biasanya kat plaza Tol je.. tapi kali ni sepanjang perjalanan hingga keluar Plaza Tol kulai sampai ke jalan biasa.. perjalanan yang biasanya ambil masa 3.5jam untuk sampai ke rumah orang tua sampai lebih lewat lagi ( dari 4.30 petang sampai rumah 10.00 malam)... berhenti untuk isi minyak je. ( stesen minyak pun sesak gak)..
Penat bergaduh sampai tertidur.. aman kejap dalam kereta.. hi..hi..hi..
sebenarnya yang nak dipertikaikan kat sini bukan sebab kesesakan tapi sikap pemandu kenderaan terutama kereta la.. ramai sangat yang potong kiri...tak kira plat nombot tu mula dari J,M,N,W,B,A,D,T..... malahan dari negara jiran pun ada.. masing-masing nak tunjuk bagus..maklum la keta mrk semua canggih dan laju, jadi ikut suka. Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya saya tak de jumpa walau satu pun kemalangan..tu yang rasa nak marah tu.Jalan sesak bukan sebab kemalangan tapi disebabkan oleh pemandu sendiri.Entah bila mereka 2 ni nak ada kesedaran, hormati pemandu kenderaan yang lain.Yang lain2 sebab tu fikir la sendiri..kalau masuk kat sini rasanya satu hari satu malam tak habis!!!!!!
Apa-apapun... salam aidilfitri maaf zahir dan batin.. Daaa....
Hari raya kedua, saya sekeluarga bertolak dari kota tinggi ke Tangkak...bernasib baik kerana kami mengguna E22 senai- Pgudang- desaru expressway..jadi tak lah menghadapi jem seperti orang lain sehingga memasuki highway PLUS..masa pergi tak lah jem walaupun pergerakannya agak perlahan untuk berbanding kelajuan pada hari2 biasa. Tapi kenderaan penuh la atas jalan.Cuaca ari tu pun tak elok, jadi bertambah perlahan lah pergerakan kenderaan.
Ni masa nak pergi..Dalam perjalanan pulang ke Kota Tinggi pula.... bertambah teruk pulak kesesakannya.. Lom pernah lagi ,Highway PLUS jem cam tu... kalau sesak pun biasanya kat plaza Tol je.. tapi kali ni sepanjang perjalanan hingga keluar Plaza Tol kulai sampai ke jalan biasa.. perjalanan yang biasanya ambil masa 3.5jam untuk sampai ke rumah orang tua sampai lebih lewat lagi ( dari 4.30 petang sampai rumah 10.00 malam)... berhenti untuk isi minyak je. ( stesen minyak pun sesak gak)..
Penat bergaduh sampai tertidur.. aman kejap dalam kereta.. hi..hi..hi.. sebenarnya yang nak dipertikaikan kat sini bukan sebab kesesakan tapi sikap pemandu kenderaan terutama kereta la.. ramai sangat yang potong kiri...tak kira plat nombot tu mula dari J,M,N,W,B,A,D,T..... malahan dari negara jiran pun ada.. masing-masing nak tunjuk bagus..maklum la keta mrk semua canggih dan laju, jadi ikut suka. Sepanjang perjalanan melalui lebuhraya saya tak de jumpa walau satu pun kemalangan..tu yang rasa nak marah tu.Jalan sesak bukan sebab kemalangan tapi disebabkan oleh pemandu sendiri.Entah bila mereka 2 ni nak ada kesedaran, hormati pemandu kenderaan yang lain.Yang lain2 sebab tu fikir la sendiri..kalau masuk kat sini rasanya satu hari satu malam tak habis!!!!!!
Apa-apapun... salam aidilfitri maaf zahir dan batin.. Daaa....
Subscribe to:
Posts (Atom)